'Jurassic World: Dominion' Akan Berkait Dengan Siri Netflix 'Camp Cretaceous'

Pengarah filem Jurassic World: Dominion, Collin Trevorrow mendedahkan yang animasi Netflix, Camp Cretaceaus akan mempunyai kesinambungan dengan filem tersebut. Francais Jurassic World membesar dengan animasi Netflix tersebut yang kini sudah mencapai 3 musim. Camp Cretaceous ialah sebuah animasi yang meneroka ruang dunia Jurassic World dengan lebih luas.

Filem Jurassic World: Dominion sememangnya ialah sebuah filem yang bakal menutup trilogi Jurassic World. Dengan adanya animasi Netflix tersebut, Jurassic World sememangnya mendapat peminat yang datang dari kalangan remaja juga. Malah, Camp Cretaceous akan turut memberikan pelbagai kisah yang menarik yang tidak mampu diceritakan dalam versi filem.

Menurut sesi temubual bersama Collin Trevorrow bersama Screenrant, pengarah tersebut kini menyatakan yang kesinambungan antara Camp Cretaceous dan Jurassic World: Dominion adalah jelas sekali. 

It will, yeah. I’ve been lucky enough to spend a lot of time with the writers of the show and I’ve shared everything from Dominion with them, and I’ve been pretty intimately involved in the seasons and what we’ve been building. So we wanted to make sure that when we look back on it all, that everything is going to weave together.
Jurassic World: Dominion akan berlaku selepas 4 tahun tragedi dalam filem Jurassic World: Fallen Kingdom. Semestinya dalam tempoh 4 tahun itu, pelbagai kisah dalam Camp Cretaceous akan dijadikan rujukan kepada setiap kejadian dalam filem Jurassic World: Dominion. 




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan