Ini Wajah Sebenar Yati, Bekas Kekasih Barkoba Dalam 'Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa'

Ramai yang tertanya-tanya siapakah wajah sebenar di sebalik niqab watak Yati dalam filem Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa yang kini sedang sisiarkan di Astro First. Yati, di dalam filem tersebut ialah kekasih lama Barkoba yang muncul kembali. Gelagat watak tersebut yang memakai niqab sememangnya mendapat perhatian ramai.

Pelakon watak Yati tersebut ialah Norainisham Shamsul Hafizi yang berumur 22 tahun. Ketika ditemubual Harian Metro, dia tidak menyangka bahawa watak tersebut memberi kesan kepada penonton. 

"Saya tak sangka watak Yati memberi kesan kepada penonton dan ramai yang tertanya-tanya mengenai saya"
Dia mendedahkan yang tawaran untuk memegang watak Yati itu diberikan apabila anak Mamat Khalid, Amen Khalid menghantar DM di Instagramnya untuk memaklumkan hal tersebut. 

"Dia kemudian meminta izin saya untuk kenalkan Instagram saya di akaunnya. Selepas itu, terus ramai yang 'follow' (ikuti) saya di Instagram selain menerima banyak komen menerusi DM yang membuatkan saya terharu. Tak ketinggalan ramai juga yang memberi sokongan untuk saya terus bergiat dalam bidang lakonan"
Pelakon yang masih baru ini bukan calang-calang tau. Dia ialah bekas pramugari syarikat penerbangan Malindo Air. 
"Portfolio ini diberikan menerusi bapa saya pada akhir Oktober tahun lalu. Selang beberapa hari kemudian, 'uncle' Mamat adakan pertemuan untuk melihat kesesuaian saya untuk membawa watak Yati. Dari segi pengalaman, saya memang tak pernah berlakon dengan mana-mana produksi dan ini pengalaman pertama saya berlakon terus di bawah arahannya. Saya dan juga keluarga terutamanya ayah memang peminat karya Mamat. Sekarang apabila dapat berlakon dalam salah satu karya pengarah hebat itu, saya rasa macam tak percaya dan sangat bersyukur. Ibu dan ayah sebagai peminat filemnya pun sangat gembira dan bangga. Ini memang satu pengalaman yang sangat berharga buat saya."

 Nisha juga berkata bahawa dia juga agak gementar ketika melakonkan watak tersebut kerana ianya pengalaman berlakon yang pertama baginya. Namun, disebabkan ramai pelakon lain memberi tnjuk ajar, dia gembira apabila dia sudah mendapat pengalaman baru daripada filem tersebut.

Kampong Pisang Musikal Raya Istimewa kini di Astro First.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan