Halle Berry Suka 'Catwoman', Tapi Bukan Versi Lakonannya

Pelakon yang pernah memegang watak Catwoman, Halle Berry mendedahkan yang dia amat menggemari watak Catwoman tetapi bukanlah watak superhero yang dilakonkannya itu. Terdahulu, Halle Berry pernah muncul dalam filem Catwoman yang tersendiri yang melayakkannya mendapatkan Razzie Award kerana dikritik hebat oleh penggemar superhero berkenaan.



Helle Berry sebelum ini pernah memenangi Academy Award untuk kategori Pelakon Terbaik melalui filem Monster's Ball pada 2001. Dia juga pernah memegang watak sebagai Storm dalam filem terawal X-Men sebelum memegang watak Catwoman pada 2004.

Pelakon itu tidak pernah kisah dengan kritikan negatif terhadap watak Catwoman lakonannya. Malah, setiap soalan peminat dijawab dengan jenaka dan bersahaja. 

 Filem Catwoman yang dilakonkan Halle Berry sebenarnya telah mengalami pelbagai perubahan dari konsep awalnya semenjak 1993. Pada asalnya, pelakon Michelle Pfeiffer akan muncul sebagai Catwoman a.k.a Selina Kyle namun projek tersebut terbantut dengan pelbagai masalah.

Projek filem Catwoman akhirnya berjaya diterbitkan pada 2004 dan menjadi filem yang agak gagal. Pelbagai anugerah filem terburuk berjaya diraih termasuklah Pengarah Terburuk, Pelakon Terburuk dan banyak lagi di Anugerah Golden Raspberry.

Dalam tweet berkenaan, Halle Berry tetap menyatakan yang watak Catwoman masih lagi watak kegemaran. Namun, dia menyatakan bahawa dia masih meminati watak Catwoman klasik lakonan Eartha Kitt melalui siri televisyen Batman pada 1967. 

Sehingga kini, selepas filem Catwoman, Warner Bros tidak pernah lagi menampilkan Catwoman dalam filem solo. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan