Disney Dilapor Bakal Bikin 'Cruella 2' Atas Kejayaan Filem Pertama

Disney dilaporkan dalam usaha untuk membikin filem kedua filem Cruella, sebuah filem yang merupakan prekuel kepada filem 101 Dalmatians terbitan 1996 lakonan Glenn Close. Filem yang kini sudah menjengah pawagam dan Disney+ di Amerika Syarikat ini dilaporkan mendapat kutipan memberansangkan walaupun di dalam musim pandemik.

Menurut laporan The Hollywood Reporter, pengarah Cruella, Craig Gillespie dan penulis lakonlayar Tony McNamara dilaporkan akan kembali untuk mengarahkan sekuel. Malah, jurucakap Disney telah mengeluarkan kenyataan berkenaan keinginan untuk meneruskan Cruella untuk filem seterusnya. 

We are very pleased with Cruella’s box office success, in conjunction with its strong Disney+ Premier Access performance to date...The film has been incredibly well received by audiences around the world, with a 97% Audience Score on Rotten Tomatoes in addition to A’s in every demographic from CinemaScore on opening weekend, ranking it among the most popular of our live-action reimaginings. We look forward to a long run as audiences continue to enjoy this fantastic film.

Disney sememangnya dalam proses untuk mengembalikan filem-filem klasik mereka dengan 'wajah baru'. Sebelum ini, filem seperti The Lion King, Alice In Wonderland dan Maleficent ialah antara filem-filem Disney yang diupgrade melalui remake yang turut mendapat sekuel mereka sendiri atas kejayaan filem pertama.

Disebabkan Cruella ialah prekuel sebelum filem 101 Dalmatians, filem sekuel nanti mungkin akan mengeksplorasi lebih lagi kejadian sebelum menyambungkan ke filem 1996 tersebut.  



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan