Babak Kereta Roket Dalam 'Fast & Furious 9' Dibikin Dengan Nasihat Pakar NASA

Babak kereta roket yang dipaparkan di dalam filem Fast & Furious 9 bukan dibikin dengan sewenang-wenangnya. Babak tersebut mendapat khidmat nasihat saintis nasa dalam usaha untuk menampakkannya lebih realistik. Walaupun ianya babak yang tidak masuk akal, nampaknya usaha untuk mendekatkan babak tersebut kepada realiti memang ada.



Semenjak filem Fast Five, Fast & Furious sememangnya terkenal dengan pelbagai aksi pelik dan gila. Di dalam Fast Five, peti besi besar diseret di jalanan Rio dan selepas itu, adegan dalam filem-filem Fast & Furious makin menggila.

Dalam Fast & Furious 9, Tej dan Roman menaiki kereta roket dan berlepas ke orbit bumi. Walaupun ianya nampak tidak masuk akal, pengarah Justin Lin menyatakan yang babak tersebut mendapat khidmat nasihat pakar. Menurutnya, kru filem berbincang dengan pakar sains roket untuk menjadikannya realistik.

Going to space was not something I took for granted or I was very flippant about… It is something that I did have a lot of conversations about. A lot of conversations. And it went from rocket scientists laughing, going, ‘What the fuck?’ to us saying, ‘Well, can this really happen? If other rocket scientists have to get up there and the capsules are coated with these polymers? Blah blah blah.’ This is something that was thought out. If anything — logistically, scientifically — it’s one of the most sound action set pieces in our franchise.
Babak aksi gila semestinya perlu ada di dalam Fast & Furious. Ianya ibarat menyaksikan filem aksi yang cukup mudah membuang realiti dan menyebabkan penonton gembira dengan apa yang dipaparkan.

Namun, dikala filem Fast & Furious 9 dipenuhi dengan aksi-aksi lasak luar biasa. Dari segi penceritaan, filem ini masih nampak seperti filem yang biasa yang makin nampak tanda bahawa ianya perlu ditamatkan segera.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan