Anthony Mackie Mahu Mainkan Watak Captain America Untuk 6 Hingga 8 Tahun

Pelakon siri Disney Plus Original, The Falcon and the Winter Soldier menyatakan yang dia mempunyai kurang sedekad untuk memainkan watak Captain America sebelum memilih untuk bersara daripada watak tersebut. Pelakon tersebut pertamakalinya menyertai MCU dalam filem Captain America: The Winter Soldier dengan memegang watak The Falcon.



Selepas itu, pelakon itu turut terlibat dalam siri Disney Plus Original, The Falcon and the Winter Soldier yang mendapat pujian ramai. Dalam sebuah temubual ekslusif bersama Variety, pelakon yang sebelum ini terlibat dalam siri Netflix Original Altered Carbon musim kedua itu menyatakan yang dia mahu melakonkan watak Captain America dalam masa yang singkat sahaja.
“I definitely don’t want to be a 55-year-old Captain America, so I’ve got a solid six to eight [years] in me.”

Antony Mackie bakal tampil sebagai Captain America dalam filem keempat watak tersebut yang akan terbit kelak. Walaupun pendapatnya tentang tempoh berapa lama dia akan pegang watak Captain America bercanggah dengan satu temubual MTV yang menyatakan dia bakal pegang watak tersebut hingga 20 tahun, ianya hanyalah anggaran dan tertakluk kepada Marvel Studios.

 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan