Zack Snyder Bersedia Untuk Arahkan 'Army of the Dead 2'

 Walaupun mendapat reaksi yang agak negatif berkenaan filem Army of the Dead, Zack Snyder sudah pun bersedia dengan perancangan untuk menghasilkan sekuel berkenaan di masa hadapan. Army of the Dead merupakan sebuah comeback buat pengarah filem Justice League tersebut selepas kali terakhir mengarahkan filem bergenre zombie pada 2004 melalui filem remake Dawn of the Dead.



Army of the Dead yang merupakan sebuah pemula kepada francais besar Netflix ini nampaknya mendapat penerimaan yang agak kurang baik. Namun, Netflix sudah bersedia dengan prekuel filem ini, Army of Thieves yang bakal menunggu tayangan bersama juga siri animasi yang bakal ditayangkan.

Dengan terbitnya Army of the Dead, semestinya Netflix sedang cuba sedaya upaya untuk membina francais untuk bertahan dengan pesaing-pesaing hebat yang sudah mula tumbuh liar di dalam bisnes penstriman dunia.

Dalam satu temubual, pengarah Man of Steel tersebut mengaku bahawa dia sudah bersiap sedia untuk menghasilkan sekuel Army of the Dead jika Netflix memberi lampu hijau untuk pembikinannya. 

Look, if there was ever a desire for more Army of the Dead, Shay Hatten and I know exactly where the story goes. So, yeah, we’re ready.

Army of the Dead menampilkan Dave Bautista, Ella Purnell, Omari Hardwick dan ramai lagi. Filem ini juga merupakan debut pertama pelakon Bollywood, Huma Qureshi dan kini sudah mula ditayangkan di laman penstriman Netflix. 

Sumber: Comicbook.com



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan