Header Ads Widget

Vin Diesel Bagi Hint Eva Mendes Akan Kembali Dalam 'Fast & Furious 10"

Francais Fast and Furious semestinya penuh dengan twist, aksi dan juga kesinambungan yang sentiasa memenuhi permintaan para peminat. Dengan pelbagai karakter yang meriah dalam tempoh 20 tahun francais ini, pastinya ada watak-watak ikonik yang sudah hilang dari layar. 


Dalam Fast & Furious 9, kita akan diperlihatkan dengan watak baru, Jakob lakonan John Cena yang merupakan adik kepada Dom lakonan Vin Diesel. Watak tersebut tidak pernah muncul sebelum ini dan Vin Diesel dalam satu temubual mendedahkan yang asal usul Jakob akan dihuraikan dalam flashback filem berkenaan. 

Dalam satu temubual, Vin Diesel ditanya berkenaan watak Monica Fuentes lakonan Eva Mendes. Watak yang sebelum ini muncul di dalam filem 2 Fats 2 Furious dan kemudiannya muncul sebagai cameo dalam Fast Five kini hilang tanpa jejak.

Menurut Vin Diesel, dia meminta para penonton menunggu filem Fast & Furious 10 untuk mengetahui jawapan kepada persoalan itu. 

We’ll just wait for 10. Let’s just say, the fact that you guys know that the studio is saying, ‘We can’t cover all this ground that needs to be covered in just one movie’. You can only imagine what is to come.

Eva Mendes melakonkan watak utama dalam 2 Fast 2 Furious dan menjadi antara watak ikonik di era awal francais Fast & Furious. Jika Eva Mendes dikembalikan bukan hanya sekadar cameo seperti dalam Fast Five, pastinya ianya akan memeriahkan francais ini yang bakal sampai ke penamatnya. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Post a Comment

0 Comments