Sesi 'Costume Test' Nicholas Cage Sebagai 'Superman' Yang Rare!

Umum mengetahui bahawa sekitar 90an, ada idea dimana pelakon Nicholas Cage bakal memeranankan watak Superman di dalam sebuah filem Superman yang bertajuk Superman Lives. Namun, filem berkenaan gagal direalisasikan dan masa depan Superman ketika itu terus gelap.



Selepas filem Superman terbitan tahun 1978, filem Superman selepas itu gagal mencapai standard dan gagal untuk dilahirkan semula. Ketika Tim Burton mengambil alih era superhero DC ketika itu dengan filem Batman terbitan 1989, Hollywood menjadi obses dengan superhero.

Tim Burton malah mempunyai perancangan bukan saja untuk Batman, tetapi juga untuk menghidupkan kembali watak Superman daripada kemelut kegagalan. Maka, terhasillah perancangan untuk menghasilkan Superman Lives. 

Di dalam Superman Lives, perancangannya adalah untuk menceritakan watak Superman bermula dari awal semula. Tiada kesinambungan langsung dengan filem terdahulu. Maka, pelakon Nicholas Cage diambil untuk memegang watak Superman di dalam filem tersebut.

Namun, idea untuk melihat Nicholas Cage memeranankan watak Superman tinggal kenangan apabila Superman Lives dibatalkan perancangannya pada 1998. Menurut sumber, Warner Bros membatalkan filem ini kerana masalah kewangan. 

Korang nak lihat rupa Superman dalam rupa Nicholas Cage, korang boleh layan video costume test untuk filem tersebut di bawah: 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan