Saya Rasa Spin-off 'Army of the Dead' Versi Malaysia Dalam Perancangan - Zack Snyder

 Zack Snyder kini tampil dengan sebuah filem bergenre zombie di Netflix, Army of the Dead. Filem yang membariskan pelakon hebat itu menandakan kembalinya Snyder ke filem bergenre zombie selepas filem Army of the Dead. Army of the Dead direka sebagai pemula kepada francais Netflix. Akan menyusul selepas filem ni ialah Army of Thieves, filem prekuel kepada filem ini dan juga siri animasi.



Netflix Malaysia memberi kesempatan kepada pengarah filem Paskal, Adrian Teh untuk menemubual pengarah Justice League tersebut. Peluang ini mungkin cukup berharga bagi pengarah tersebut apabila mereka berkongsi genre pengarahan yang sama iaitu aksi.

Di permulaan temubual, Adrian Teh sempat bercerita tentang kerjayanya di Malaysia dan kelihatan seperti Zack Snyder ingin mengetahui lebih lagi berkenaan Adrian Teh sebelum pengarah Netflix Original, Pasal Kau itu mengalihkan soalan untuk kembali 'on track'.


Di akhir temubual, Adrian Teh sempat memetik tentang scene harimau zombie. Dia memberi fakta yang harimau merupakan haiwan kebangsaan Malaysia. Adrian Teh juga memberitahu bahawa kasino seperti dalam filem ada di Malaysia iaitu Genting Highland.

Dengan nada berseloroh juga, Zack Snyder sempat berkata:

I think Malaysian spin off is in order.

Pergh, kalau Zack Snyder buat kesinambungan filem Army of the Dead berlatarkan Genting Highland, sudah pasti ianya cukup untuk menarik pelanggan Netflix baru di seluruh Malaysia. Apapun, walaupun itu hanyalah jenaka, pastinya temubual ini memberikan Zack Snyder ruang untuk mengenali Malaysia dan juga sinema Malaysia khususnya.

Army of the Dead kini di Netflix. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan