Pengarah Jelaskan Kenapa Billy The Puppet Digantikan Dalam 'Spiral: From The Book Of Saw'

Francais Saw akan kembali dengan filem kesembilannya, Spiral: From The Book of Saw yang mana menyaksikan pengarah Darren Lynn Bouseman kembali mengarahkan filem francais berkenaan yang cukup terkenal di kalangan peminatnya yang tersendiri. Saw turut menampilkan watak Billy The Puppet yang menjadi antara watak ikonik disamping watak John Kramer.



Spiral: From The Book of Saw tidak mengembalikan watak Billy The Puppet dan menggantikannya dengan patung seakan-akan babi yang berpakaian polis. Filem yang tercetus daripada idea pelakon Chris Rock ini akan meneruskan penceritaan francais berkenaan dalam arah yang baru.

Menampilkan Chris Rock sebagai Detective Ezekiel "Zeke" Banks, Saw: From The Book of Saw semestinya menjanjikan misteri baru yang cukup unik untuk ditonton. 

Dalam satu temubual bersama RadioTimes, pengarah filem Saw: From The Book of Saw menjelaskan kenapa Billy The Puppet ditukarkan. Di dalam temubual itu juga, dia mendedahkan yang filem Saw ke sembilan ini tidak diberi tajuk Saw 9 atas alasan tertentu. 
If I was brought in to direct Saw 9, that would be a much different thing than being brought in to direct Spiral, and I think that it’s important for me to differentiate the two. [...] And I didn’t want to insult the fans by trying to make another Jigsaw because there’s only one Tobin Bell, and no one can hold a candle to what he brought into that character. So for me, I wanted to go a completely different way. I wanted the killer to be so different from Jigsaw that there would be no comparison to that. They are different people. So when you start going down that road, you have to change out kind of everything. Because if you’re trading out Jigsaw, you’ve got to change out the doll as well.

Filem pertama Saw bermula pada tahun 2004 dan diarahkan oleh James Wan. Filem tersebut begitu laris sehinggakan filem tersebut menjadi pemula kepada francais Saw. Walaupun filem-filem selepas itu gagal menyerlah dari segi kutipan, francais Saw semestinya mempunyai peminatnya yang tersendiri.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan