Pelancaran Disney+ Hotstar Ditunda 3 Jam Dari Waktu Perancangan Asal

Disney+ Hotstar bakal dilancarkan pada 1 Jun ini dan mempunyai dua pakej khas. Pelanggan dengan langganan Movie Pack berpeluang melanggan laman penstriman gabungan Disney dan Hotstar India itu dengan harga RM5. Namun, pelanggan Astro tanpa Movie Pack dan bukan pelanggan astro perlu melanggan pakej 3 bulan dengan harga 54.90.



Sebelum ini, mengikut detik kira turun di laman rasmi, laman penstriman tersebut akan dilancarkan pada jam 9 pagi pada 1 Jun. Ini bermakna para pengguna tidak boleh lagi mengakses Disney+ Hotstar pada 12.01 tengahmalam 1 Jun!

Terkini, menurut laman group Disney+ Hotstar Malaysia dan laman Telegram Disney+ Hotstar Malaysia Unofficial, pelancaran tersebut ditunda dari jam 9 pagi ke 12 tengahari. Buat masa ini, pihak pengurusan Disney+ Hotstar Malaysia tidak memberi alasan dan sebab kenapa ianya ditunda. Namun, penundaan itu tidaklah mengganggu mana kerana ianya hanyalah lewat 3 jam dari waktu pelancaran asal.

Disney+ Hotstar Malaysia bakal menayangkan seleksi filem Marvel dan juga Disney malah turut menawarkan tayangan drama tempatan lebih awal dari siaran TV. Filem Zombitopia, J:Retribusi dan juga Ada Hantu merupakan seleksi terawal filem original yang akan ditayangkan secara perdana di laman penstriman tersebut. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan