Michael Caine Bakal Sertai Francais 'Fast & Furious'

Pelakon Michael Caine berkemungkinan akan menyertai francais Fast & Furious di masa hadapan. Perkara ini mungkin sekadar khabar angin berdasarkan apa yang dituturkan oleh Vin Diesel ketika ditemubual oleh Entertainment Weekly berkenaan filem terbaru, Fast & Furious 9.



Sebelum ini, penampilan Luke Evan sebagai Owen Shaw juga mungkin antara kejutan yang cukup tidak dijangka. Namun, semakin ke hadapan, Fast & Furious turut menampilkan Kurt Russell, malah Vanessa Kirby dan juga ramai lagi. Jadi, jika Michael Caine bakal menjadi antara karakter baru dalam Fast & Furious, ianya tidak mustahil.

Menurut Vin Diesel, dia ada watak yang sesuai di dalam fikirannya untuk Michael Caine. 

“I guess if I were to think where we’re going with the next chapter; Michael Caine. I might have found a way, you’re saying if I could have redesigned the mythology or added little elements of the mythology, I could have done something with Helen Mirren and Michael Caine’s character and played something out. I could have introduced something for the future.”

Michael Caine terkenal dengan filem-filem Christopher Nolan seperti The Dark Knight Trilogy dan juga Interstellar. Pastinya gandingan antara Vin Diesel dan Vin Diesel ditunggu-tunggu selepas mereka kali terakhir bergandingan dalam filem The Last Witch Hunter (2015).

Sumber: Collider


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan