Mi Kalau Boleh Nak Bagi Semua Tengok Mael Totey The Movie Free, Tapi... - Syahmi Syazli

Youtuber Kelantan tersohor, Syahmi Syazli yang terkenal dengan filem-filem spontan di laman Youtube telah menerbitkan versi Extended Version untuk filem versi pawagam Mael Totey The Movie. Filem yang mengungguli carta Astro First sebagai filem terlaris sepanjang zaman itu kini bakal ditonton penonton buat kali kedua melalui Youtube Membership.



Namun, ramai yang berharap Syahmi Syazli menayangkan filem tersebut secara percuma kerana filem tersebut sudah berjaya membuat untung yang sepatutnya. Tindakan Syahmi Syazli yang meminta para subscribers Youtube untuk membayar RM15 (dengan tambahan cukai 90 sen) seperti kelihatan sengaja untuk mengambil keuntungan baru.

Syahmi Syazli tampil memberi sebab kenapa dia menayangkan filem tersebut dengan bayaran dan bukannya percuma walaupun ianya di Youtube. 


Menurut Syahmi, filem Mael Totey The Movie terikat dengan pemegang hak cipta filem tersebut iaitu Astro selama 5 tahun. Syahmi Syazli juga menceritakan yang dia memohon izin untuk menayangkan filem tersebut di Youtube tetapi Astro mengizinkannya dengan syarat ianya dalam bentuk berbayar dan bukannya percuma. 


Mael Totey The Movie Extended Version mempunyai 20 minit tambahan yang mana tidak mempengaruhi penceritaan. Para penonton yang meminati drama spontan mungkin akan berpeluang menonton lebih banyak babak yang tidak ditayangkan dan ianya hanya ditayangkan ekslusif selama sebulan di Youtube Membership Syahmi Syazli. 




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan