Header Ads Widget

"Kadangkala Artis Malaysia Ini Bodoh" - Fadzil Teh Suruh Tiru Sikap Salman Khan

Fadzil Teh, penerbit syarikat produksi drama dan filem Zeel Production menempelak sikap artis Malaysia yang malas untuk mempromosikan filem lakonan mereka di laman sosial mereka. Menurut satu hantaran di instaramnya sendiri, dia melabel segelintir artis yang sebegini sebagai bodoh dan berat tulang.
 


"Kadangkala artis Malaysia ini bodoh. Mereka ini tak tahu ke kalau drana atau filem mereka meletup, yang dapat tawaran kerja banyak serta bayara tinggi adalah mereka. Rasa meluat dengan kerenah artis-artis seperti ini"

Menurutnya juga, artis Malaysia seharusnya meniru aktor Bollywood, Salman Khan bekerja. Salman Khan yang bakal hadir dengan filem terbarunya pada Aidilfitri ini, Radhe kini giat mempromosikan filem lakonannya di Instagram miliknya.

"Salman Khan hari-hari promosikan filemnya. Artis kita, nak promosi filem sendiri pun malas. Boleh pula bagi alasan, tak nak akaun Instagram dicemari dengan aktiviti promosi. Macamlah duta projek yang datang berjuta-juta"

Zeel Production yang sebelum ini gah dengan pelbagai drama bersiri di layar kaca tampil dengan filem pertama, Seandainya Kau Ada. Filem yang bergenre islamik ini mempertaruhkan empat bintang seperti Fendy Bakry, Ruhainies, Raysha Rizrose, dan Aidit Noh.

Seandainya Kau Ada diinspirasikan dari novel terbitan Buku Prima dengan tajuk yang sama yang ditulis oleh Kamsiah Abu. 

Seandainya Kau Ada menjalani penggambaran selama 40 hari membabitkan Kuala Lumpur, Perlis dan Terengganu. Menariknya, filem ini turut menampilkan babak di luar negara seperti Tashkent di Uzbekistan, Makkah dan Madinah. 

Sumber: Gempak


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Post a Comment

0 Comments