Geran Filem Angel of Sandakan Kena 'Reject' Sebab Pengarah Sertai Pembangkang?

Afdlin Shauki, pengarah dan pelakon berbakat besar kini dalam perancangan untuk menghasilkan pelbagai filem besar. Pengarah filem Buli ini juga kini dalam perancangan untuk membikin filem yang bertaraf antarabangsa, Angel of Sandakan. Namun, sedikit mengecewakan apabila Afdlin Shauki mendedahkan yang geran untuk projek filem tersebut ditolak.



Penolakan Finas untuk memberikan geran terhadap projek itu dianggap melucukan kerana alasannya yang diberi ialah ianya tidak menepati piawaian. Alasan penolakan itu diberitahu sendiri oleh Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (Finas), Zakaria Abdul Hamid.

"Antara punca penolakan cadangan adalah disebabkan ketidaksesuaian kertas cadangan seperti ditetapkan dan kegagalan dalam mempersembahkan jalan cerita semasa sesi 'pitching'.'' - Zakaria Abdul Hamid. 
Menurut laporan Harian Metro, pengarah itu tidak bersetuju dengan kenyataan tersebut kerana di pihaknya, dia sudah memenuhi segala keperluan Finas malah sudah bersedia melangkaui jangkaan. Ketika permohonan, pembentangan terbaik dan lengkap beserta storyboard animasi, malah pelbagai bukti untuk menunjukkan kualiti filem yang bakal dihasilkan. 
"Kami bukan saja hadir dengan skrip yang lengkap, tetapi juga 'storyboard' beranimasi, poster, sokongan daripada penerbit luar negara yang pernah memenangi Oscar dan juga pelabur dana untuk projek ini." - Afdlin Shauki
Angel of Sandakan sebelum ini diberi tajuk Sandakan Tears. Filem ini dibangunkan dengan kerjasama Finas untuk membikin filem Malaysia bertaraf Oscar. 
"Ia juga adalah projek pertama Malaysia yang Finas ingin gunakan bagi memeterai perjanjian produksi Australia-Malaysia. Pihak kami juga sudah berjumpa dengan wakil pawagam Australia untuk tujuan ini. Jadi, Finas memberikan kami dana pengembangan skrip untuk menyelesaikan skrip projek ini, sekali gus bermakna projek ini sudah melalui proses persetujuan yang amat ketat." - Afdlin Shauki
Afdlin Shauki tidak marah dengan Tindakan Finas. Afdlin Shauki turut menganggap antara punca sebenar penolakan ini ialah berkenaan kenyataannya secara terbuka menyokong pembangkang, PKR. Namun, Zakaria menafikan bahawa penolakan itu berunsur politik. 

Sumber: Harian Metro


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan