Header Ads Widget

Filem Pertama Arahan Hairul Azreen 'Ada Hantu' Tayang Eksklusif Di Disney+ Hotstar

 Filem arahan pertama pelakon aksi Hairul Azreen, Ada Hantu kini tidak lagi akan ke pawagam. Sebaliknya, filem tersebut kini akan ditayangkan di laman penstriman Disney+ Hotstar. Perkara itu diumumkan oleh penerbit filem ini, Adrian Teh yang sebelum ini mengarahkan filem aksi ketenteraan, Paskal dan juga filem seni bela diri, Wira. 

Ada Hantu ialah filem yang diterbitkan oleh Act2Pictures yang menampilkan lakonan Hairul Azreen, Zahiril Adzim, Shiqin Kamal, Elvina Chua dan ramai lagi. Filem ini menjalani penggambaran sekitar Disember 2020 lalu ketika Malaysia sudah pun dilanda Covid-19. 

Disney+ Hotstar merupakan sebuah laman penstriman yang ditunggu-tunggu ramai. Dengan pengumuman kolaborasi laman penstriman tersebut dengan penyedia konten tempatan, Disney+ Hotstar pastinya menjadi antara saingan terbaru penstriman gergasi seperti Netflix, Amazon Prime dan banyak lagi.

Antara filem Malaysia yang bakal ditayangkan secara ekslusif di Disney+ Hotstar termasuklah J: Retribusi, Zombijaya dan Ada Hantu. Di masa hadapan, akan ada banyak lagi filem Malaysia akan diterbitkan dan ditayangkan di Disney+ Hotstar.

Untuk filem Ada Hantu, Adrian Teh menyifatkan filem itu ialah naskah filem seram yang lain daripada yang lain. Lain macam mana? Sama-sama kita tunggu Ada Hantu di Disney+ Hotstar.  



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Post a Comment

0 Comments