Header Ads Widget

Filem Epik Sejarah Tun Perak Bakal Libatkan Pelakon Bollywood Shah Rukh Khan

Penerbit drama TV dan dokumentari tempatan, Datin Seri Nora Samsuddin mendedahkan bahawa dia akan menghasilkan sebuah filem bergenre epik sejarah melayu berkenaan perjuangan Tun Perak. Paling menarik, filem tersebut juga bakal melibatkan pelakon Bollywood terkemuka, Shah Rukh Khan.


Menurutnya, filem berkenaan Tun Perak yang masih tiada tajuk itu akan dihasilkan dengan kerjasama Datuk Rosli Yang Daniyan yang juga merupakan Pengerusi Pertubuhan Harmoni Masyarakat Melayu Perak yang kini dalam proses perbincangan. Kajian sedang dalam dilakukan dalam usaha menghasilkan filem yang lebih realistik dan juga tepat dengan fakta sejarah.

Teknik janaan komputer (CGI) juga akan digunakan dan paling menarik, pihak penerbit akan turut menjemput pelakon Shah Rukh Khan yang akan melakonkan watak pedagang dari India. 
“Elemen Imej Janaan Komputer (CGI) juga akan digunakan untuk filem ini. Ada beberapa pengarah akan ditampilkan kerana ada bahagian masing-masing. Ada pengarah untuk babak silat. Kami juga merancang untuk dapatkan Shah Rukh Khan berlakon filem ini sebagai pedagang dari India.”

 Bayaran untuk penglibatan Shah Rukh Khan akan melibatkan Yang Dipertua Negeri Melaka, Tun Mohd Ali Rustam.

“Berkenaan kos bayaran Shah Rukh Khan, saya akan minta bantuan Tun Mohd Ali kerana Shah Rukh Khan pun terima gelaran Datuk dari Melaka. Kemunculan dia pun tak lama pun dalam beberapa babak sahaja. Saya nak tonjolkan dia sebagai pedagang dari India. Ini salah satu tarikan filem ini.” 

Filem ini juga dicadangkan untuk disiarkan di saluran National Georgraphic dengan harapan seluruh dunia dapat mengenali dan memahami sistem beraja di Negeri Perak.

Sumber: Harian Metro 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Post a Comment

0 Comments