Header Ads Widget

Fast & Furious 9 Akan Ceritakan Asal-usul Watak Dom Sebelum The Fast & The Furious (2001)

 Sedar tak sedar, legasi francais Fast & Furious sudah mencecah usia 20 tahun. Filem yang bermula dengan geng street car yang kemudiannya berkembang ke sebuah filem bergenre spy dengan aksi-aksi yang melawan graviti ini cukup digemari para peminatnya.


Dalam semua filem-filemnya, Fast & Furious membawakan tema keluarga yang mana diterapkan oleh watak Dominic Toretto lakonan Vin Diesel. Daripada awal hinggalah kini, semuanya berkisar pasal kekeluargaan yang cukup akrab diantara watak wataknya.

Dalam satu temubual bersama Entertainment Weekly, Vin Diesel mendedahkan yang filem kesembilan Fast & Furious lebih menumpukan kepada asal usul watak Dominic Toretto.

Walau bagaimanapun, ianya bukanlah sebuah filem prekuel. Pelakon yang turut berlakon dalam filem XXX itu juga mendedahkan yang filem ini akan turut memaparkan babak-babak sebelum filem Fast & Furious (2001).

“The whole world has this excitement about this movie coming out, but for those who have been with the franchise, it’s even more special. Because if you can remember the first movie, you are now going to go before the first movie and understand the first movie even more…that’s cool stuff. I’m a [Dungeons & Dragons] head, so that’s like origins stuff. To see family members you never thought you would have seen – it’s gonna kind of blow your mind. We’ve been wanting to know: where was Dom before he became Dom? Who were his influences? That’s going to be really rich with story, and a lot of fun to see.”

Dalam Fast & Furious 9, penampilan Jakob Toretto lakonan John Cena akan menambahkan pertarungan adik beradik dalam filem ini. Berdasarkan apa yang diceritakan Vin Diesel, Fast & Furious 9 mungkin akan bercerita tentang kemana perginya Jakob dalam filem-filem sebelum ini.

Malah, dalam temubual itu juga, Vin Diesel akan menggamit memori dengan paparan babak yang cukup dikenang oleh peminat Fast & Furious. 

Fast & Furious 9 merupakan filem ketiga terakhir untuk francais Fast & Furious. Francais ini dirancang untuk ditamatkan di filem ke sebelas. Fast an Furious 9 akan ditayangkan di pawagam pada penghujung Jun 2021. 

Sumber: Collider



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Post a Comment

0 Comments