'Black Widow' Bakal Jadi Penutup Sempurna Selepas Apa Yang Terjadi Dalam 'Endgame'

Scarlet Johansson menyatakan bahawa Black Widow dapat menutup perjalanan wataknya selepas apa yang terjadi di dalam Avengers: Endgame dengan lebih baik. Dalam filem Avengers: Endgame, kita dapat lihat dimana watak Black Widow mengorbankan diri di Vormir demi untuk mendapatkan batu Soul Stone.

Dengan pengorbanan sebegitu besar, penghormatan terhadap wataknya tidak diutamakan seperti hilangnya watak Iron Man dalam filem berkenaan. 

Dalam satu temubual bersama dengan Total Film, pelakon yang pernah melakonkan watak Lucy ini berbual mengenai karakternya. Scarlet Johannson berharap dengan filem Black Widow, penonton akan mendapat menutup yang selayaknya untuk watak lakonannya itu. 

“Our goal was for them to feel satisfied with this story. That they could maybe have some resolution, I think, with this character’s death, in a way. It felt like people wanted that.”

Black Widow mungkin akan memberi keterujaan kepada penonton untuk melengkapkan perjalanan watak Natasha Romanoff ini. Kemunculannya semenjak filem Iron Man 2 merupakan antara watak yang cukup ikonik dalam filem-filem Marvel Cinematic Universe dan menjadi komponen penting bagi fasa 1 MCU.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan