Berbuka Puasa Dengan Teguk Arak, Babak Siri Netflix Ini Jadi Kontroversi

 Netflix sekali lagi berhadapan dengan kontroversi apabila salah satu babak dari siri Netflix Originalnya memaparkan babak dimana memperlihatkan seorang watak wanita Muslim berbuka puasa dengan minuman keras. Klip video tersebut dimuat naik oleh seorang pengguna Netflix melalui aplikasi Tik Tok dan viral di media sosial.




Klip video yang diambil dari siri bertajuk Why Are You Like This ini berkisar tentang sekumpulan rakan, Penny, Mia dan Austin dalam menghadapi kehidupan mereka sebagai remaja. 


Dari paparan video, kelihatan Mia, watak muslim dalam kelompok remaja Australia ini cuba untuk meneguk arak sebagai minuman berbuka puasa. Rakan lelaki Mia membuat kiraan detik dan kemudian, Mia dengan membaca bismillah meneguk arak itu buat pertamakali. Selepas itu, Mia meneruskan tegukan seterusnya sambil rakan-rakannya bersorak.

Siri Why Are You Like This sudah bersiaran semenjak Mac lalu di Netflix dan merupakan sebuah siri yang sebelum ini ditayangkan di Australia semenjak tahun 2018. Siri ini menampilkan Naomi Higgins sebagai Penny, Olivia Junkeer sebagai Mia dan WIl King sebagai Austin. 

Sumber: Lobak Merah



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan