Amazon Cuba Beli MGM Dengan Harga USD9 Billion Termasuk Francais James Bond

Amazon dilaporkan cuba untuk mendapatkan studio penerbitan filem, MGM dengan harga USD9 billion. MGM, atau lebih dikenali sebagai Metro-Goldwyn-Mayer, ditubuhkan pada 1924 dan merupakan antara studio penerbitan filem yang tertua di Era Emas Hollywood. Namun, dalam beberapa tahun ini, studio itu berhadapan kemelut kewangan yang cukup sukar.



MGM merupakan rumah kepada pelbagai filem hebat seperti francais James Bond, Rocky, filem asal Wizard of OZ dan juga siri hebat, The Handmaiden's Tale. Pada 2010, MGM hampir bankrup namun studio itu berjaya bertahan sehinggalah sekarang.

Pembeli yang berminat untuk memiliki MGM ialah Amazon. Dengan tawaran USD9 billion, nampaknya, MGM mungkin berpotensi untuk dijual dengan jumlah tersebut dalam masa terdekat. Namun, menurut laman Variety, perbincangan antara Amazon dan MGM mengesahkan adanya perbincangan antara kedua-dua pihak.

Katalog-katalog filem MGM sudah tentu akan menjadikan Amazon meriah. Seleksi filem James Bond semestinya antara kekuatan Amazon apabila studio tersebut memiliki francais yang cukup lama bertahan itu. 




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan