Afdlin Shauki Dedah Trailer Proposal 'Angel of Sandakan' Yang Ditolak Finas

Umum mengetahui bahawa geran projek filem arahan Afdlin Shauki yang merupakan kerjasama antara Australia dan Malaysia, Angel of Sandakan sudah ditolak oleh FINAS. Justeru itu, filem ini kini menghadapi cabaran untuk dibikin semenjak ianya dirancang dari tahun 2018 yang lalu. Menurut Afdlin Shauki, dia sudah siap dengan trailer animasi untuk meyakinkan Finas berkenaan projek tersebut.


Menerusi laman The Vibes, trailer animasi yang merupakan draft awal untuk pembikinan filem Angel of Sandakan didedahkan. Dari segi roh yang terlihat di trailer berkenaan, nampak seperti filem ini ada aura untuk bawa filem Malaysia ke Oscar!


Jika ianya difilemkan nanti, sudah pasti ianya cukup untuk menjadikannya sebuah filem bertaraf antarabangsa. Menerusi laman web itu, Afdlin Shauki sebagai ketua eksekutif PETRA Media sanggup membikin trailer animasi yang pada awalnya diterima baik oleh FINAS.

Menurut Afdlin lagi, filem Angel of Sandakan akan mempunyai plot yang mirip Rescue Dawn dan juga Unbroken. Angel of Sandakan berkisar tentang pengalaman seorang gadis Sabah yang cuba untuk menyelamatkan askar Australia ketika Sabah masih dibawah pemerintahan Jepun. 

Filem ini diberi lampu hijau oleh Finas pada 2018 dalam projek Road to Oscars ketika itu. Malah, ianya sepatutnya menjadi projek perintis dibawah kerjasama Australia dan Australia untuk memperkembangkan industri filem masing-masing.

Namun, selepas tiga minggu Afdlin Shauki menyertai PKR, Finas menolak projek tersebut dengan menyatakan filem tersebut tidak memenuhi beberapa kriteria. 

Sumber: The Vibes


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan