Siaran 'Nur' Disambung Semula Di Indonesia, Pengarah Bidas Kenyataan Zed Zaidi!

Beberapa hari lepas, netizen Malaysia kecoh apabila drama terkenal 'Nur' yang kini ditayangkan di Indonesia telah ditamatkan tayangannya selepas bersiaran hanya satu episod. Rata-rata netizen Malaysia mempertikaikan punca kenapa stesen tv yang menayangkan drama tersebut, MNCTV memilih untuk menukar drama berkenaan pada minggu seterusnya.




Perkara ini turut mendapat respon daripada Presiden Persatuan Seniman Malaysia, Zed Zaidi. Menurutnya, drama tempatan gagal bertahan di stesen tv Indonesia kerana kualiti yang dianggap syok sendiri.

Tidak berpuas hati dengan kenyataan tersebut, pengarah drama bersiri Nur, Shahrulezad Mohameddin yang mesra disapa Budak Ijat tampil mempertahankan drama arahannya itu di Instagramnya. 

 Di dalam satu post Instagram juga, Shahrulezad turut mendedahkan yang siaran Nur akan disambung semula bermula 1 Mei 2021. Malah, kali ini, siaran Nur akan ditayangkan di dua buah stesen Tv di Indonesia iaitu MNCTV dan Muslim TV. Dia turut berkongsi jadual tayangan terbaharu untuk siri Nur. 

 

Menurut Shahrulezad, dia sendiri tidak tahu punca sebenar kenapa stesen TV Indonesia menarik tayangan pada awalnya. Dia berpendapat drama itu kembali bersiaran kerana adanya permintaan daripada penonton Indonesia yang menonton drama tersebut. 

Nur merupakan sebuah drama bersiri yang ditayangkan pada Ramadhan 2018 dan berjaya mendapat tontonan yang memberansangkan. Siri itu kemudiannya diteruskan ke musim kedua dan menjadi antara drama bersiri yang cukup padat dengan isu moral dan agama.




LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan