Header Ads Widget

Netlix Siap Sedia Tayang 'The Naked Director 2' Jun Ini!

 Netflix akhirnya melepaskan teaser trailer untuk siri Netflix Original daripada Jepun yang penuh kontroversi, The Naked Director. Daripada trailer itu juga, Netflix turut mengumumkan tarikh tayangan siri berkenaan yang mendapat sambutan menggalakkan bagi pelanggan Netflix. 



The Naked Director berkisar tentang kisah pencetus kepada industri pornografi Jepun, Toru Muranishi dan kisah hidupnya. Di dalam siri ini, watak Toru Muranishi dilakonkan oleh Takayuki Yamada. Di dalam musim pertama, The Naked Director fokus kepada kebangkitan Toru Muranishi sebagai orang biasa kepada seorang pencetus revolusi industri pornografi di Jepun.

Di dalam musim kedua, The Naked Director akan fokus kepada pelakon pornografi Kaoru Kuroki yang terkenal dengan ketiak yang tidak dicukur. Kauro Kuroki disifatkan sebagai lambang kepada bantahan terhadap tapisan filem di dalam industri filem Jepun.

The Naked Director ialah adaptasi daripada novel non-fiksyen Jepun, Zenra Kantoku Muranishi Toru Den yang ditulis oleh Nobuhito Motohashi.

Netflix Original ini semestinya bukan untuk tontonan 18 tahun ke atas. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Post a Comment

0 Comments