Filem Monsterverse Seterusnya Mungkin Ialah 'Son Of Kong'!

 Pengarah filem Godzilla vs Kong, Adam Wingard kini dalam proses perbincangan untuk mengarahkan filem terbaru MonsterVerse, yang kini diberikan tajuk Son of Kong. Walaupun ramai yang menyatakan yang Legendary akan memperlahankan pembikinan filem monsterverse, nampaknya Legendery masih mahu kaut untung dengan membikin filem baru.



Menurut Hollywood Reporter, Legendary cuba untuk membesarkan universe filem Monsterverse dengan menerbitkan sebuah lagi filem baru untuk Monsterverse bersama pengawah Adam Wingard. Menurut laporan, filem yang mungkin akan diterbitkan ialah Son Of Kong.

Buat masa ini, tiada keputusan rasmi berkenaan masa depan francais ini. Namun, jika Adam Wingard kembali, dia semestinya tahu untuk membawa universe itu ke jalan yang betul. 

Godzilla vs Kong berjaya membesarkan universe Monsterverse dengan memperkenalkan hollow earth. Semestinya, banyak raksasa di dalam dunia hollow earth yang masih belum dikeluarkan untuk pertarungan.

Son of Kong pernah diterbitkan pada tahun 1933. Ianya diarahkan oleh Erest Schoedsack dan merupakan sekuel kepada filem King Kong yang turut diterbitkan selang 9 bulan pada tahun yang sama.



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan