Drama 'Nur' Tak Laku Di Indonesia, Dihentikan Tayangan Selepas 1 Episod!

 Drama bersiri popular di bulan Ramadhan suatu ketika dahulu, Nur kini ditayangkan di Indonesia. Namun, agak mendukacitakan apabila selepas 1 episod ditayangkan, pihak stesen tv bertindak menghentikan tayangan siri tersebut untuk rakyat Indonesia. Antara punca pembatalan tayangan siri Nur itu ialah kerana rating tontonan yang agak teruk.



Menurut laporan Utusan Online, stesen tv ternama Indonesia, MNCTV bertindak menghentikan tayangan tersebut selepas ianya mula ditayangkan di Indonesia bermula 13 April yang lalu. Netizen tempatan di sana kehairanan apabila episod kedua siri itu digantikan dengan sebuah sinetron dari negara itu. 

Nur bersiaran pada waktu 4.30 pagi waktu Indonesia Barat (5.30 pagi waktu Malaysia) dimana ini ialah tempoh paling tinggi rating penonton. Di Indonesia, waktu ini merupakan slot dimana paling banyak ditayangkan iklan dalam semua program keudara kerana lebih 200 juta umat Islam di Indonesia sedang bersahur dan juga solat Subuh.

Pelbagai pendapat hadir dari netizen dek kerana pembatalan ini. Ada yang menyifatkan rakyat Indonesia tidak begitu menggemari drama Malaysia.

Ada yang berpendapat bahawa waktu tayangan tersebut tidak sesuai. Di Malaysia, waktu tersebut bukanlah waktu perdana, tetapi di Indonesia, ianya berbeza. Situasi penggantian drama Nur dengan siri drama baru Kembaranku Membuka Jalan Hijrahku mulai 20 April lalu sememangnya mengecewakan segelintir peminat Nur di sana. 

Nur diarahkan oleh Shahrulezad Mohameddin dan membariskan pelakon seperti Amyra Rosli dan Syafiq Kyle disamping Azhan Abu Rani dan ramai lagi. Dengan jumlah episod sebanyak 19 episod, drama ini pernah mendapat 10 juta penonton ketika tayangannya pada 2019 serta memenangi 3 kategori Anugerah SKrin dan enam kategori Anugerah Drama Festival Kuala Lumpur 2019. 

Sumber: Utusan



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



==========================================

Catat Ulasan

0 Ulasan