Ulasan Filem: The Grudge (2020)



Tahun Terbit | 2020
Pengarah | Nicolas Pesce
Pelakon | Andrea Riseborough, Demian Bichir, John Cho, Betty Gilpin

Selepas hampir 16 tahun filem Ju On versi Amerika singgah di pawagam, agak lama juga untuk sekuel filem ni muncul. Selepas macam macam ura-ura yang menyatakan yang Sam Raimi akan buat reboot, akhirnya The Grudge muncul dengan berdiri sebagai sekuel kepada filem 2004 namun mempunyai cerita yang agak jauh daripada asal.

Kita sudah tahu, era memodenkan filem Jepun, atau Asia ke Hollywood sudah lama terjadi. Namun, aku sendiri merasakan yang perkara ini sudah boleh dihentikan. Dengan filem Asia sudah menerjah dunia dengan platform penstriman, aku rasa tidak semua filem Asia boleh dan mahu diremake. Aura dua dunia Hollywod dan Asia jauh berbeza.

Filem arahan Nicolas Pesce ini mengambil latar sebelum kejadian dalam filem The Grudge tahun 2004 dan selepasnya. Kiranya, filem ni macam sekuel dan prekuel pada masa yang sama. The Grudge versi 2020 ini dilihat sebagai sebuah filem yang cuba nak establish beberapa persoalan yang tak mampu dijawab di dalam filem sebelumnya seperti asal-usul hantu dalam filem berkenaan. 

The Grudge mempunyai banyak layer. Ianya bermain dengan elemen masa yang bertindih dan menjadikan filem ni sedikit confusing jika korang tidak memahami apa yang dipaparkan dalam filem-filem Ju-On. Namun, walaupun idea ini kelihatan unik, filem ni masih nampak biasa dengan penceritaan yang predictable dan sederhana.

Filem The Grudge menceritakan tentang asal-usul hantu-hantu yang akhirnya mengusik orang hidup demi melepaskan jiwa yang membelenggu di dunia. Jiwa yang kacau ini akan menghantui orang hidup yang mendiami rumah itu sehinggalah mangsa baru dapat dibunuh. Filem ni mempersembahkan beberapa kisah mangsa rumah berhantu dalam cara non linear dan berselirat.

Aku rasa, filem ni hanyalah sebuah filem yang biasa. Ada elemen penyiasatan di dalam filem ni yang dimasukkan. Namun, penyiasatan dalam filem ni dirasakan agak kurang memberi impak walaupun ada usaha untuk lari dari penceritaan Ju-On yang asal.

Banyak babak-babak yang diulang semula untuk memberi penghormatan kepada karya asal. Tetapi, ianya tetap menjadikan filem ni agak lama ditonton walaupun durasinya sederhana dan cukup-cukup memuaskan sahaja. 

Elemen seram dalam filem ni boleh dikatakan menjadi. Namun, aku rasa kurang menikmati elemen seram tersebut sebab terlalu sibuk untuk melihat timeline yang sengaja diteraburkan untuk menjadikan filem ni unik. Namun, aku rasakan yang jump scare filem ni memang sedap dan tidak sampai ke level mengarut. 

Pada aku, filem ni memang sebuah filem yang cukup baik khas bagi peminat filem yang sememangnya ternanti-nanti filem Ju-On terbaru. Bagi aku yang tidaklah follow sangat filem The Grudge ni, aku rasakan yang filem ni hanyalah sekuel yang tidak perlu. Hollywood perlu tampil dengan filem lain dan bukannya keep on building on francais yang dah lama terkubur.

Entah berapa lama dah trend filem The Grudge ni hilang. Dan kemunculan kembali The Grudge ke dalam dunia sinema era 2020 ni memang nampak sangat menunjukkan mereka hanya mahu recycle idea yang sedia ada untuk kepentingan wang semata-mata.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan