Ulasan Filem: The Vast of Night (2020)

Tahun Terbit | 2020
Pengarah | Andrew Patterson
Pelakon | Sierra McCormick, Jake Horowitz, Mollie Miligan

Pada awalnya, aku macam tak nak tonton filem ni. Nampak kat katalog Amazon Prime tu, macam tak menarik je. Poster pun macam sampah. Simple sangat. Tapi, lepas baca beberapa review di internet, ramai yang menyatakan filem ni menarik. Ada yang compare filem ni seakan-akan satu daripada siri TV mind-bending The Twilight Zone. Malah, ada juga yang compare dengan Black Mirror.

Nampaknya, ya. Ada betulnya yang kadangkala kita kena lihat filem tu jangan daripada cover je. Memang filem ni menarik dengan penceritaan yang agak rare dan sesuai bagi penggemar siri The Twilight Zone dan juga Black Mirror. Lagipun, memang filem ni dibuat seolah-olah berada dalam sebuah episode tv series.

The Vast of Night mengisahkan Everett, seorang DJ dan juga rakannya Fay. Pada satu malam, Everett telah mendapat satu signal pelik di radio dan mula mencari misteri signal radio tersebut. Permulaan yang hanyalah biasa-biasa kemudiannya menjadi malam yang penuh dengan pencarian misteri signal radio.

Filem ni bercerita dalam satu malam sahaja. Ianya sebuah filem yang boleh aku katakan mempunyai banyak masa untuk berteka-teki dengan penonton. Misteri yang cuba disembunyikan sehingga penghujung berjaya membuatkan aku tertunggu-tunggu sampai habis. Dan endingnya memang betul seperti orang lain kata, ala-ala siri Twilight Zone dan juga Black Mirror.

Dah layan THE OLD GUARD, layan review admin di sini, dan jangan lupa SUBSCRIBE ok!

Sebagai filem pertama buat pengarahnya, Andrew Patterson, filem ni berjaya memberikan sebuah si-fi thriller yang berjaya. Dengan penggunaan latar 1950an yang cukup meyakinkan, dimana isu tentang kedatangan makhluk asing sering dibahaskan, filem ni berjaya mencipta realiti era itu pada satu malam.

Uniknya, penceritaan yang simple ini turut disulami dengan kerja kamera yang unik dan memberikan rasa yang enak untuk filem ni. Syot tracking seolah-olah ada sesuatu yang beterbangan tidak kurang hebatnya. Beberapa syot panjang yang dibuat juga cukup untuk menunjukkan bahawa kualiti filem ni bukan biasa-biasa.

Dengan kualiti yang aku ceritakan tadi, tidak hairanlah filem ni berjaya memenangi Anugerah Naratif Filem Terbaik di Slamdance Film Festival pada 2019. Malah, di Toronto International Film Festival pula, ianya berjaya mendapat tempat kedua untuk kategori Anugerah Pilihan Penonton!

Lakonan Sierra McCormickdan Jake Horowitz tidak dinafikan bergaul dengan sempurna. Gandingan mantap dua pelakon ini berjaya memberikan rasa misteri yang baik bagi perjalanan filem berdurasi 1 jam 30 minit ni. Durasi yang dirasakan pendek walaupun sudah cukup panjang untuk sebuah filem dengan penceritaan sebegini.

Pada penggemar filem thriller dan juga siri Twilight Zone dan Black Mirrot, The Vast of Night ini ibarat satu daripada episode dua siri tersebut. Jadi, korang memang akan puas hati dengan penceritaan dan misteri yang diceritakan di dalam filem ni. Dengan kekuatan pada lakonan dan juga kerja kamera yang unik, The Vast of Night ialah sebuah filem thriller yang mantap dan menarik.

Kalau korang tak layan, memang rugi.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan