Ulasan Filem: Mardaani 2 (2019)

Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Gopi Puthran
Pelakon | Rani Mukerjee, Vishal Jethwa, Avneet Kaur, Vikram Shingh Chauhan

Mardaani yang diterbitkan pada 2014 berjaya memberikan persepsi baru dalam lakonan pelakon Rani Mukherjee. Dalam filem tersebut, Rani Mukherjee yang sebelum ni terkenal dengan watak-watak tipikal Bollywood menggalas tugas sebagai seorang polis wanita yang tegas dan lantang, Shivani Shivaji Roy. Dengan kelantangan suara wanita, filem itu berjaya mencuri hati penonton.

Selepas enam tahun, akhirnya, Mardaani mendapat sekuelnya. Walaupun selang masa yang agak lama, Mardaani 2 berjaya mencipta sekuel yang mempunyai banyak upgrade daripada filem pertama. Banyak juga perubahan dari segi penceritaan dan juga gaya suntingan yang mempunyai aura yang cukup segar dan luar biasa.

Kali ini, Shivani Shivaji Roy berhadapan dengan seorang perogol bersiri yang memang sangat gila dan sadis. Perogol ini bukan calang-calang. Sangat bijak dan sentiasa berada di hadapan. Jadi, kita dapat lihat watak polis wanita kita yang selalu egois dan tegas ini diuji ke tahap paling dahsyat sepanjang kariernya sebagai seorang polis.

Bagi aku, kalau nak kata Mardaaani 2 ni lebih baik dari filem pertama, tidak juga. Mardaani dan Mardaani 2 ni macam dua filem dengan penceritaan yang berbeza. Kalau Mardaani yang pertama, kisahnya memang tipikal, keras dan juga berani. Kalau Mardaani 2 pula, kelihatan seperti agak luar biasa, sedikit lembut dan lebih komersial.

Aspek unik dalam filem ni yang mungkin pertamakali aku tonton dalam filem Bollywood ialah bagaimana watak antagonis kita yang ‘break the fourth wall’. Watak antagonis dalam filem ni lakonan Vishal Jethwa memang mantap. Tambah pulak apabila dia bercakap dengan penonton seolah-olah penonton berada di pihaknya.

Subscribe Channel untuk lebih banyak tutorial Netflix:

Malah, filem ni juga sedikit bersimpang siur dan mempunyai banyak babak yang unpredictable. Tak adalah filem ni berteka teki siapa pembunuh, tapi bagaimana watak polis kita nak tackle musuh yang lebih hebat daripada dirinya memag berjaya mencuri tumpuan. Stress betul bila tonton penjahat dihighlight lebih utama dari penjahat.

Lakonan Vishal Jethwa walaupun baru pertamakali berlakon filem memang terbaik. Memang agak segar apabila wajah watak jahat dilakonkan oleh pelakon yang tidak pernah kelihatan dalam mana-mana pelakon di pawagam. Memang tidak dinafikan kekuatan filem ni memang bergantung pada Vishal Jethwa yang memang berjaya bawa watak psikotik yang cukup mantap.

Rani Mukherjee seakan hilang sedikit aura dari filem Mardaani. Dalam filem ni, dia nampak agak lembut sedikit dan tidak sekeras filem pertama. Tidak tahulah kenapa, tapi aku lebih menggemari Shivani Shivaji Roy yang dulu. Tapi, untuk filem ni pun, ada banyak sisi Shivani Shivaji Roy yang diperbesarkan sekaligus menjadikan filem ni sebagai pelengkap kepada background watak dari filem pertama.

Mardaani 2 bermain dengan tema kes rogol. Filem ni memang jelas menunjukkan tentang wanita dan kekuatan mereka. Ianya juga bercerita tentang hak wanita dan membawakan isu yang kadangkala agak tidak diperbincangkan di India iaitu kes rogol.

Sebuah filem yang memang agak rare dalam konsepnya. Filem yang menampilkan Rani Mukherji yang cukup luar biasa walaupun tidak sehebat filem pertama. Mardaani 2 mungkin sebuah filem yang mempunyai mesej yang besar dan berat, tapi ianya berjaya menambat hati penonton dengan penceritaan yang cukup bijak dan baik!


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan