TRENDING

Ulasan Filem: Milea - Suara Dari Dilan (2020)

SUBSCRIBE SUKA FILEM DI YOUTUBE!

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Ulasan Filem: The Lovebirds (2020)

Tahun Terbit | 2020
Pengarah | Michael Showalter
Pelakon | Isaa Rae, Kumail Nanjiani, Anna Camp, Paul Sparks

Ianya mungkin antara filem yang korang nampak kecil, tapi sebenarnya agak besar especially dari aspek lawaknya. Pada awalnya, aku memang tak rancang nak tonton pun filem ni. Tapi, lepas teracun dengan trailernya, maka aku pun ambik masa dan layan. Dan wow, filem ni nampaknya not bad untuk sebuah komedi ringkas.

Berbekalkan watak yang cukup ringkas, dan juga plot mudah, The Lovebirds memang sebuah filem yang packed with comedy. Ianya ibarat menyaksikan sebuah filem dengan dos komedi yang bersepah. Mungkin ini antara filem Netflix Original yang memang mantap dalam menyajikan komedinya.

The Lovebirds ialah sebuah filem yang memang boleh hilangkan stress. Plotnya pula memang cukup santai dank orang boleh layan sambil pi mai pi mai. Even kalau korang layan sambil main telefon pun dan sekali sekala layan skrin, memang still korang boleh catch up dia punya plot. Cukup ringkas dan mudah untuk difahami.

Ringkasnya, filem ni berkisar tentang sepasang suami isteri yang memang sering berbalah. Pada suatu hari, nak dijadikan cerita, diorang telah menyaksikan satu pembunuhan yang memang mengubah hidup diorang. Start dari situ, diorang dah jadi suspek pembunuhan dan diorang try their best untuk buktikan yang mereka tak bersalah.

Filem ini pada asalnya dirancang untuk tayangan pawagam. Tetapi, Paramount Pictures menarik balik tayangan yang dijadualkan pada 3 April 2020 dan terus menjual hak tayangan kepada Netflix. Memang tidak dinafikan, menjadi filem Netflix Original menjadikan filem ni ada klas yang tersendiri. Walaupun ianya tidaklah sebuah filem yang terhebat, tapi masih boleh layan!

The Lovebirds boleh diibaratkan sebagai pack of comedy yang memang cukup banyak dengan elemen punchline padu. Malah, kalau tengok pelakon dia pun, memang muka memang tak bleh blah. Lucu habis. Tambahan pula Kumail Nanjiani ialah antara pelawak yang memang mantap. Tambah pula dengan lakonan Issa Rae, perfect couple.

Subscribe untuk lebih banyak tutorial Netflix:

Memang filem ni bercerita dalam satu malam je. Ianya sebuah filem yang memang tak perlu kau fikir panjang. Sebuah gabungan plot dan komedi yang mantap dan memuaskan hati. Seratus peratus komedi yang mantap menjadikan The Lovebirds sempurna sebagai sebuah filem popcorn ringan.

Kelemahan ketara dalam filem ni mungkin kerana ianya berkisar pasal sepasang pasangan sahaja, kadangkala kita akan jadi lelah apabila hanya menyaksikan pasangan Issa Rae dan Kumail Nanjiani di skrin. Tapi, lelah itu mungkin sebentar sebab pasangan ini memang sentiasa membuatkan kita tak kering gusi dengan telatah diorang.

Kalau korang memang suka layan filem yang santai dan ringan, The Lovebirds ialah filem korang. Tapi, filem ni bukanlah filem yang sesuai untuk kanak-kanak juga. Ada beberapa lawak dewasa yang maybe tak semua boleh catch up. Tapi, memang sebagai seorang dewasa, The Lovebirds memang sebuah filem yang enjoyful.

Sebuah pengembaraan satu malam yang tak terjangka, dengan momen komedi yang cukup padu untuk geletek tekak untuk gelak.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Comments

Menarik!

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Ulasan Filem: One Two Jaga (2018)

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Ulasan Filem: War (2019)

Huraian Babak Kemuncak Filem 'One Two Jaga' [SPOILER ALERT]

Ulasan Filem: Marriage Story (2019)

Ulasan Filem: Choked - Paisa Bolta Hai (2020)

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Pengabdi Setan' [SPOILER ALERT]