TRENDING

Ulasan Filem: Milea - Suara Dari Dilan (2020)

SUBSCRIBE SUKA FILEM DI YOUTUBE!

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Ulasan Filem: The Last Days of American Crime (2020)

Tahun Terbit | 2020
Pengarah | Olivier Megaton
Pelakon | Edgar Ramirez, Anna Brewster, Michael Pitt, Sharlto Copley

Bayangkan, kalau satu hari nanti, kerajaan US buat satu cip yang mana tidak akan ada lagi jenayah yang akan berlaku. Ianya nampak macam sebuah dunia yang aman kan? Tapi, macam mana pula kalau sebenarnya penjenayah ni sememangnya sesuatu yang sememangnya harus ada dalam ekosistem kita sebagai manusia?

The Last Days of American Crime ialah sebuah filem yang berbicara tentang itu. Kalau nampak dari mata kasarlah. Kisah tentang bagaimana Amerika cuba untuk mencari keamanan dalam dunia mereka dengan sebuah cip yang mencegah daripada jenayah berlaku. Kisah filem ni berkisar tentang hari-hari terakhir sebelum semua jenayah dihentikan dengan hidupnya signal tersebut.

Kisah filem ni berlatar belakangkan tahun 2024 dimana kerajaan Amerika Syarikat memperkenalkan satu usaha membendung jenayah yang dikenali sebagai American Peace Iniciative (API). Signal ini akan membendung siapa saja yang cuba membuat jenayah dengan mengganggu sistem badan manusia.

Kisah The Last Days of American Crime berkisar tentang cubaan merompak oleh sekumpulan penjenayah demi dendam sebelum signal ini diaktifkan. Kisah yang penuh dengan komplot dan juga pengkhianatan ini dipersembahkan dengan agak berani tetapi agak kekurangan di beberapa tempat sehinggakan aku rasa filem ni agak kurang menarik.

Awalnya, aku expect filem ni mempunyai penceritaan ala-ala The Purge, tapi aku end up dengan kekecewaan. Penceritaan dari awal hingga akhir terasa begitu memenatkan dan cukup untuk membuatkan aku rasa yang filem ni terlalu panjang dan penuh liku yang agak membosankan dan membuat aku mengantuk.

Idea tentang signal API yang ditonjolkan dalam filem ni juga seakan-akan agak longgar. Ianya tidak ada logika dan juga penjelasan yang munasabah dan menjadikan filem ni agak kurang nyata dan realistik.

Jangan lupa Subscribe channel admin untuk lebih banyak video filem!

Mungkin satu aspek yang mungkin agak mencelikkan mata ketika menonton filem ni ialah babak aksi dan ganasnya. Itu mungkin tidak dinafikan menjadikan beberapa scene di dalam filem ni agak brutal dan sungguh enak dilayan. Tapi, tanpa penceritaan yang menarik, The Last Days of American Crime masih tidak mampu bertakhta di hati.

Di Amerika, filem ni seakan dikeluarkan dengan masa dan waktu yang tidak bersesuaian. Dengan krisis racism dan pembunuhan George Floyd yang berlaku pada tempoh tayangan, filem ni seakan-akan tidak sesuai dengan masa dan sekaligus buatkan ramai pengkritik filem menolak filem ni jauh-jauh.

Pada aku pula, aku menolak filem The Last Days of American Crime ni sebab filem ni teruk dari segi pengolahan penceritaannya. Ianya memang sebuah filem yang brutal dan ganas tapi tidak berjaya memberikan penceritaan yang menarik. Jadi, memang cukup membosankan dan tidak mampu dihabiskan sekali harung.

Antara filem aksi yang agak buruk di dalam katalog Netflix. File mini tidak ada kekuatan dalam paparan dunia dystopiannya. Dan brutalnya aksi dalam filem ni masih tidak mampu untuk membuatkan aku beri muka untuk memuji filem ni.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Comments

Menarik!

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Ulasan Filem: One Two Jaga (2018)

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Ulasan Filem: War (2019)

Huraian Babak Kemuncak Filem 'One Two Jaga' [SPOILER ALERT]

Ulasan Filem: Marriage Story (2019)

Ulasan Filem: Choked - Paisa Bolta Hai (2020)

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Pengabdi Setan' [SPOILER ALERT]