Ulasan Filem: Sarileru Neekevvaru (2020)

Tahun Terbit | 2020
Pengarah | Anil Ravipudi
Pelakon | Mahesh Babu, Rashmika Mandanna, Vijayashanti

Mahesh Babu, kalau nak ikutkan aku, dia ni bukanlah fevret aku. Dalam semua pelakon Tamil atau Telegu, Mahesh Babu ni boleh dikira semacam pelakon yang digilai wanita. Muka comel, sekali dia senyum, dah macam ledakan bom atom. Terus menusuk ke jantung. Aku sebagai lelaki tak berapa nak berkenanlah sebab lelaki Tamil atau Telegu sepatutnya hensem dan macho, bukan comel!

Tapi, ada je filem lakonannya yang ada plot baik punya. Sebelum ni, aku layan dia dalam Spyder. Sekarang, aku layan dalam filem terbarunya, Sarileru Neekevvaru. Filem aksi, romantik dan komedi ini memang boleh disifatkan mempunyai jalan cerita yang cukup baik. Tapi, macam biasa, Mahesh Babu punya comel, ahhh, tak boleh blah!

Ok, abaikan persepsi aku pasal Mahesh Babu. Let’s talk about movie only. Pada aku, filem Sarileru Neekevvaru ni memang filem yang masala habis. Ada elemen ketenteraan dengan saduran aksi military yang cukup gempak. Ada elemen kekeluargaan yang memang baik dan puas hati. Ada pula komedi yang cukup rasa. Elemen romantik pula tak kurang hebatnya.

Dalam filem ni Mahesh Babu melakonkan watak seorang tentera yang terpaksa pergi bertemu keluarga seorang rakannya yang terbunuh dalam satu misi. Namun, dalam perjalanan, dia bertemu dengan seorang gadis yang cuba nak tackle dia. Tambah lagi masalah, bila dia sampai kat rumah keluarga rakannya, ada pula masalah baru!

Plotnya tak ringkas mana. Seperti konsep filem masala, filem ni memang mempunyai dua bahagian filem yang dibina dengan cukup memuaskan. Di separuh masa pertama, kita disajikan dengan elemen ketenteraan dan beberapa misi yang padat aksi. Dan selepas itu, filem ni menginjak ke mode komedi romantik sebelum di separuh masa kedua bertukar kepada kisah gangster komedi.

Memang plot filem ni rancak dan cukup baik. Setiap elemen dipersembahkan dengan cukup rasa dan sifat. Memang tidak bosan untuk menyaksikan filem yang berdurasi hampir 3 jam ni. Cuma, pada akulah, babak di dalam tren di pertengahan filem seakan terlalu lama dan makan masa. Sedangkan ianya hanyalah babak komedi yang rasanya boleh diringkaskan.

Mahesh Babu punya acting boleh dikatakan baik. Cuma pada aku, untuk wataknya sebagai tentera, macam tak sesuai sangat. Apa hal pula tentera muka comel nak mampus! Tapi, redha sahajalah. Dah itu yang filem ni sajikan.

Filem ni juga punya babak aksi yang cukup hebat. Hebat tu maksud aku bukanlah hebat macam filem Hollywood. Aksi filem ni memang typical filem Telugu. Ada aksi yang kadangkala melawan gravity dan logik. Tapi, sememangnya siapa yang layan filem Tamil dan Telegu akan biasa dan enjoy menonton aksi filem ni.

Sarileru Neekkevaru memang sebuah filem yang memang sesuai untuk tontonan penggemar filem masala. Dialognya tak membosankan. Elemen ketenteraan pun tak berat, love story pun tak romantik sangat, komedi pun cukup sifat. Memang balance habis untuk sebuah filem yang punya penceritaan level Telegu.

Bagi penggemar lakonan Mahesh Babu, filem ni satu lagi filem yang menyajikan performance pelakon ni yang boleh dikira baik. Cuma aku rasakan yang filem ni ada sedikit kekurangan di bahagian ending. Entah kenapa filem ni memilih untuk mempunyai ending yang ringan. Tapi, apapun, aku faham yang filem ni cuba untuk sampaikan yang menjadi tentera itu mulia dan memang bukan satu kerja yang senang.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan