Ulasan Filem: Bhoot Part One - The Haunted Ship (2020)


Tahun Terbit | 2020
Pengarah | Bhanu Pratap Singh
Pelakon | Vicky Kaushal, Ashutosh Rana, Meher Vij

Dirancang untuk dijadikan francais seakan MCU, DCEU mahupun Monsterverse, cita-cita francais Bhoot dari Dharma Production ni memang tinggi. Sebab itu, sebelum filem ni keluar dan mendapat kritikan lagi, tajuk filem ni sudah pun memberikan hint bahawa filem ni ialah bahagian pertama daripada beberapa lagi bahagian yang bakal terbit.

Bhoot Part One: The Haunted Ship ialah sebuah filem bergenre horror yang diarahkan oleh Bhanu Pratap Singh. Penerbit filem ni pula bukan calang-calang termasuklah Karan Johar yang feymes dengan filem-filem cinta di era 90an. Dan untuk tambah seram, filem ni diinspirasikan dari kisah benar kapal MV Wisdom pada 2011!

Filem ni secara basicnya mengisahkan tentang kapal Sea-Bird, sebuah kapal tinggal yang mana hanyut ke pantai Mumbai. Kapal Sea-Bird ni dikatakan berhantu. Dan Pritvi yang mana kehilangan anaknya cuba menyiasat di sebalik kisah seram kapal ini dan menemukan jawapan kepada gangguan aneh di dalam kapal itu.

Filem berdurasi hampir 2 jam ini ialah filem tanpa lagu. Filem ni memang 100% horror tanpa ada comic relief. So, korang kena expect yang filem ni memang serius dan perlukan korang untuk keep on screen untuk rasai jump-scare yang ada. Tapi, pada aku, jump-scare filem ni tak banyak mana. Cukup rasa je.

One of aspect yang padu di dalam filem ni pada akulah ialah penggunaan CGI. CGI digunaan untuk memaparkan karakter hantu yang boleh aku sifatkan sangat mengagumkan. Aspek ini mungkin menjadikan Bhoot Part One ni antara filem seram yang ada aura baru di dunia Bollywood. Memang seram habis untuk penggunaan CGI.

Entah kenapa, interior kapal filem ni seakan-akan mirip filem Ghost Ship. Tapi, penjelasan tentang kenapa interior kapal filem ni seolah-olah tenggelam lama di dasar laut tiada penjelasan. Sepanjang filem, Sea-bird digambarkan sebagai kapal tinggal yang masih berada di atas lautan. Bukannya kapal yang timbul dari laut seperi dalam Ghost Ship!

Walaupun dijaja sebagai part one dari francais, Bhoot Part One seakan-akan sebuah filem stand alone yang punya penceritaan yang biasa. Separuh masa pertama filem ni memang padu. Aku cukup suka dengan elemen misteri di masa pertama. Tapi, bila sampai ke separuh masa kedua, filem ni macam jadi filem seram biasa yang hilang rentak.

Lakonan Vicky Kaushal memang memuaskan. Namun, aku rasakan yang karakternya cukup sederhana dan tidak padu untuk sebuah filem seram. Ada banyak background wataknya seakan kabur dan gagal menjadikan watak Pritvi ni padu sebagai kesinambungan kepada watak di Part Two, jika ada.

Filem Bhoot Part One: The Haunted Ship ni ada cita-cita. Tapi, filem ni ada penceritaan yang biasa dan perkara yang biasa dalam filem Bollywood. Untuk itu, aku tak tahulah sama ada Part Two akan lebih baik daripada filem ini atau sebaliknya. Jika Part Two bawa gaya penceritaan sama, maka francais ni batalkan jelah.

Bhoot Part One: The Haunted Ship ni memang enjoyable dengan jump scare dan CGInya. Tapi, di satu dua tempat, filem ni gagal untuk deliver perkara yang baru untuk sebuah francais seram idaman Bollywood. Boleh ditonton, tetapi, abaikan saja Part One dan anggap je filem ni sebagai sebuah filem solo.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan