Ulasan Filem: Batla House (2019)

Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Nikkhil Advani
Pelakon | John Abraham, Mrunal Thakur, Nora Fatehi, Ravi Kishan

John Abraham memang famous bab berlakon filem based on true story. Filem lakonannya selalunya kelihatan memaparkan semangat patriotisme yang memang sentiasa menyanjung India dan juga seluruh rakyatnya. Batla House ialah satu lagi filem dengan konsep yang sama, sekaligus mengangkat martabat kepolisan di India.

Mungkin kita dah nampak pasal polis India dari sisi negatif. Polis dengna rasuahnya, polis dengan keganasannya. Tapi, bagaimana kalau semua itu hanya perspesi. Dan bagaimana dari sisi polis yang cuba untuk mempertahankan apa tindakan mereka. Adakah sisi pandangan mereka benar seperti pandangan masyarakat?

Batla House ialah adaptasi kisah benar berdasarkan satu serangan polis ke atas sebuah rumah tinggal beberapa pelajar universiti yang disyaki sebahagian daripada gerakan Mujahidin India. Serangan yang membunuh pelajar universiti itu mendapat tentangan masyarakat. Ada yang menyatakan serangan itu fake dan dibuat-buat.

Kisah Batla House memaparkan insiden serangan itu dan bagaimana watak utama kita, Sanjay (John Abraham) yang struggle untuk mempertahankan tindakan mereka dan menyelamatkan maruah polis yang tercalar dek kerana insiden itu.

Filem ni pada aku ialah antara filem lakonan John Abraham yang agak padu. Filem yang berjaya memaparkan emosi dan juga deep inside jiwa watak Sanjay yang cukup baik dan memuaskan. Selalunya, John Abraham ni memang fail bab emosi, tapi, Batla House berjaya mengorek sisi emosi John Abraham dan menjadikan filem ni menarik.

Di separuh masa pertama, filem ni lebih kepada emosi dan juga jiwa watak Sanjay. Ada sikit flashback yang menceritakan kejadian sebelum serangan. Dan kemudiannya, filem ni makin menghimpit dan focus kepada jiwa Sanjay. Pada aku, ini ialah kekuatan filem ni. Walaupun filem ni lebih besar, watak John Abraham lebih jelas dan menonjol!

Dengan durasi 2 jam lebih, filem ni memang memuaskan di separuh masa kedua. Elemen courtroom drama yang memang tegang menjadikan filem ni enak dinikmati. Memang kepuasan menonton courtroom drama filem ni antara faktor yang mejadikan Batla House cukup baik apabila disulami dengan dialog yang cukup padu.

Filem ni hanya ada satu lagu sahaja. Itu pun hanya sekadar penghias filem. Kehadiran Nora Fatehi sebagai penari gelek takde tarikan mana. Apatah lagi lagu yang dibikin untuk filem ni ialah remake dari sebuah filem lama, Musafir yang ditayangkan pada tahun 2004.

Elemen realism dalam filem ni memang cukup cantik persembahannya. Memang ianya sebuah filem yang memaparkan insiden sebenar dan punya fokus yang baik untuk bercerita. Patutlah Batla House ni mendapat kutipan yang tinggi semasa tayangan. Memang antara filem terbaik lakonan John Abraham.

Kalau korang suka elemen kepolisan, courtroom drama dan juga persoalan tentang agama, maka Batla House ialah sebuah filem yang cukup enak untuk dinikmati. Ianya sebuah filem yang cukup sensitive, tapi berjaya ditangani dengan cukup baik.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan