TRENDING

Ulasan Filem: Milea - Suara Dari Dilan (2020)

SUBSCRIBE SUKA FILEM DI YOUTUBE!

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Ulasan Filem: Time To Hunt (2020)


Tahun Terbit | 2020
Pengarah | Yoon Sung-hyun
Pelakon | Lee Je-hoon, Ahn Jae-hong, Choi Woo-shik, Park Jung-min

Selepas bergelut dengan tarikh tayangan dan isu hak cipta, akhirnya Time To Hunt ditayangkan di Netflix bermula 23 April 2020 yang lepas. Filem aksi dystopian dari Korea ini memang nampak macam biasa-biasa, tapi memang cukup menarik dan unik. Ini mungkin antara filem aksi Korea yang nampak meminjam aura John Wick!

Mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang berada di era masa depan Korea yang agak suram, filem ni mempunyai setting yang luar biasa. Agak rare untuk memaparkan sebuah negara besar akhirnya merosot menjadi sebuah negara yang rakyatnya kini struggle untuk hidup. Dipaparkan di dalam filem ni, matawang Korea dah tak bernilai dan duit dollar sahaja yang berharga.

Ringkasnya, kisah Time To Hunt bermula apabila sekumpulan remaja merancang untuk merompak sebuah tempat perjudian yang punya banyak simpanan duit dollar. Namun, perancangan itu menjadi lebih haru biru apabila tauke kelab judi pengupah pembunuh untuk membunuh para remaja tersebut demi untuk mendapatkan kembali hardisk yang tersembunyi rahsia urus niaga.

Filem ni bermula dengan sangat ringkas. Namun, selepas rompakan berlaku, filem ni terus bertukar menjadi filem aksi yang cukup twist. Ada babak aksi tembak menembak yang cukup memuaskan berlatar belakangkan dunia dystopian. Ada twist dan juga babak yang memang unpredictable dan membuatkan kita menonton filem ni sampai habis.

Lakonan para pelakon filem ni memang tak dinafikan memuaskan. Tiada apa-apa komen untuk lakonan mereka. Bergabung dan cukup untuk memberikan kekuatan kepada perjalanan cerita filem ni. Kalau korang nak tahu, filem ni semuanya milik lelaki. Tiada watak utamanya dari kalangan wanita!

Bercakap tentang aksi, filem ni banyak memaparkan aksi tembak menembak. Kalau korang expect aksi pertarungan fist to fist, memang takdelah. Tapi, aku memang puas hati dengan adegan tembak menembak filem ni. Maklumlah, anak remaja kena buru dengan geng kongsi gelap, memang masaklah kalau tak tau fikir dengan baik untuk survive!

Cuma entah kenapa, aku rasakan yang durasi masa filem ni agak panjang. Permulaan filem ni macam agak mendatar. Dan kemudiannya, selepas bahagian rompakan, barulah filem ni mula memberikan energinya yang tersendiri. Tapi, aku cukup sukakan penceritaan dan perjalanan kisah ni yang sukar untuk dijangka.

Time To Hunt bukan sahaja memberi gambaran tentang masa depan Korea yang mungkin takkan terjadi, tapi ianya cukup untuk menggambarkan bagaimana suasana jika matawang negara sendiri sudah tidak lagi dapat digunakan untuk memberi barang keperluan. Tambah pula dengan keadaan yang mendesak, macam-macam cara orang cari untuk survive dari kemiskinan.

Filem aksi dystopian yang memang bijak dan boleh dilayan. Walaupun durasinya agak panjang, filem ni memang berbaloi. Ada beberapa bahagian dalam filem ni yang bosan, tapi boleh diabaikan saja. Yang penting, bahagian aksi dan survival dalam filem ni memang cukup padu dan puas hati.

Time To Hunt ni mungkin bukan filem terbaik yang aku pernah tonton. Tapi, filem ni memang enak dilayan walaupun aku sebenarnya perlu stop beberapa kali untuk habiskan filem ni.
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Comments

Menarik!

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Ulasan Filem: One Two Jaga (2018)

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Ulasan Filem: War (2019)

Huraian Babak Kemuncak Filem 'One Two Jaga' [SPOILER ALERT]

Ulasan Filem: Marriage Story (2019)

Ulasan Filem: Choked - Paisa Bolta Hai (2020)

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Pengabdi Setan' [SPOILER ALERT]