Ulasan Filem: The Main Event (2020)

Tahun Terbit | 2020
Pengarah | Jay Karas
Pelakon | Seth Carr, Tichina Arnold, Adam Pally

Ini ialah filem pertama terbitan WWE Entertainment untuk tayangan Netflix. Sudah lama kita tak lihat filem dari produksi yang famous dengan gusti ni. Memang kebanyakan filem mereka ternyata membuka ruang untuk para penggusti menyerlahkan bakat lakonan mereka di Hollywood. Paling menyerlah semestinya Dwayne Johnson dan John Cena.

Tapi, itu cite lain. Aku nak bercerita tentang pengalaman aku menonton filem terbaru mereka, The Main Event. Semenjak menonton trailer, filem ni memang berjaya menarik minat aku. Nampaknya, WWE menerbitkan filem berkaitan diorang sendiri dan ditambah pula dengan bumbu ala-ala superhero. Dan walla, filem ni memang family entertainment.

Saat aku melihat karya ini di Netflix, ada bahagian filem ni seakan telur separuh masak. Bergoyang-goyang dan mudah cair. Ada bahagian filem ni yang solid macam telur dadar. Kenyal dan sedap dimakan. Dan ada yang macam terlalu boring pun ada, macam telur tak letak garam. Banyak sangat rasa, tapi keseluruhannya, kau kena ingat filem ni ialah untuk budak-budak.

Diarahkan oleh Jay Karas, filem ini dibintangi Seth Carr sebagai pelakon utama. Basic plot filem ni mengisahkan Leo (Seth Carr) yang sering dibuli budak sekolah. Satu hari, dia terjumpa sebuah topeng gusti yang membuatkan dirinya mempunyai kuasa. Kebetulan, satu pemilihan ahli gusti WWE bakal berlangsung di tempatnya. Apa lagi, cuba nasiblah si Leo ni masuk gelanggang!

Filem ni memang mempunyai plot ringkas. Tak ada twist-twist sangat. Memang ianya dibina sangat straight forward. Jadi, tak payah nak expect lebih-lebihlah. Jalan ceritanya seolah menonton filem di saluran Disney. Elemen remaja, sedikit romantika dan juga drama, dan paling penting, filem ni ada adegan gusti.

Adegan pertarungan ahli gusti di dalam filem ni ialah momen yang penting yang menyelamatkan filem ni daripada kebosanan. Filem ni berjaya memberikan momen pertarungan gusti yang dikoreograf sempurna. Tak usah harapkan pertarungan macam filem Ip Man. Tapi, cukup sekadar level gusti. So, pada aku memang puas hatilah!

Tapi, ada masalah sedikit yang buatkan aku kurang selesa dengan beberapa bahagian filem ni. Kelihatan bahawa momen drama filem ni nampak kurang dibikin dengan baik. Seakan-akan melepaskan batuk ditangga. Bila sampai scene drama je, filem ni rasa macam slow sangat. Tapi, bila sampai scene wrestling, rancak balik.

Tak tahu salahnya di mana, tapi elemen drama filem ni walaupun dibikin untuk teen dan budak-budak, semestinya ianya harus dibikin dengan lebih baik daripada ini. Budak-budak dan remaja pun tahu kualiti yang diorang nak. Silap-silap boleh tidur.

Apapun, filem ni memang menarik minat aku dan mengharapkan bahawa WWE Entertainment akan teruskan produce filem untuk Netflix dengan menggunakan barisan ahli gusti mereka sebagai pelakon. The Main Event tak lekang dari cameo beberapa ahli gusti. Itu pun menarik. Tapi, dengan plot yang sederhana, cameo ini hanya memberi impak sedikit sahaja.

The Main Event ialah sebuah filem yang ringkas, bukan level high class. Cukup untuk meraikan sebagai filem gusti yang lama tak dinikmati. Plothole jelas tentang background asal usul topeng tidak diexplen dalam filem ni. Itu sedikit mengecewakan.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan