Ulasan Filem: Kolaiyuthir Kaalam (2019)


Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Chakri Toleti
Pelakon | Nayanthara, Bhumika Chawla, Pratap K. Pothen

Orang nak remake, diorang pun nak remake. Tapi, last-last tak tahu apa yang nak diremake. Itulah yang terjadi kepada sebuah filem tamil bercorak thriller, Kolaiyuthir Kaalam yang merupakan sebuah remake filem Hollywood. Ianya sebuah filem yang membuktikan bahawa bikin remake bukanlah sesuatu yang mudah. Apatah lagi ianya sebuah remake filem thriller yang punya plot simple.

Kolaiyuthir Kaalam ialah sebuah filem yang merupakan remake official kepada filem Hollywood bertajuk Hush. Ianya ialah sebuah filem remake pertama sebelum Bollywood turut remake filem ni dengan tajuk Khamoshi. Filem ini ringkasnya berkisar tentang seorang wanita yang pekak dan bisu yang terpaksa berhadapan dengan serangan seorang lelaki asing pada satu malam.

Hush mendapat pujian yang melambung ketika ditayangkan di Netflix pada 2016. Malah, Stephen King turut memuji filem berkenaan. Premisnya cukup baik, sedap rasa, dan unik untuk menggambarkan bagaimana survival seorang wanita yang tiada deria dengar dan mulut dalam menghadapi masalah.

Bila filem ni dibawa ke Tamil, idea wanita pekak dan bisu dan cabarannya pada satu malam diambil. Kemudian, premis cerita di sekelilingnya diubah dan dibina baru. Di dalam Kolaiyuthir Kaalam, set rumah yang lebih besar dan gah menjadi setting cerita. Kononnya nak tambah gah lagi, kisahnya pula pasal warganegara India yang berada di luar negara.

Aku sendiri tak tahu kenapa premis kisah ni perlu berlatarbelakangkan negara lain. Bukanlah lebih seram dan thrill kalau filem ni berlatarkan suasana kampung ataupun hutan di India sendiri. Rasanya, banyak kot tempat yang boleh bikin meremang kalau tahu cari. Bila filem ni dilatari suasana luar negara, seramnya dah kurang.

Selain ubahsuai pada latar dan penceritaan filem ni yang memang fail, filem ni turut menyaksikan lakonan Nayanthara yang cukup teruk dan bikin stress. Filem ni sememangnya tidak memerlukan watak utamanya bercakap, tapi disebabkan itu, Nayanthara gagal untuk memberikan ekspresi muka yang realistik.

Malah, watak Shruthi yang dilakonkannya juga memang tidak ada elemen kekuatan langsung. Hush pada dasarnya ingin paparkan kisah wanita yang tiada daya untuk melawan satu kuasa luar yang hebat. Ianya mengangkat martabat wanita. Tapi, dalam Kolaiyuthir Kaalam, Shruthi bukan sahaja lembik. Malah, sepanjang filem, dia hanya berlari sana sini. Sekarang, kita tahu kenapa pengarah guna rumah yang besar, kan…

Twistnya juga tidaklah hebat mana. Tergesa-gesa. Padahal, dalam durasi masa yang begitu banyak, ada banyak ruang untuk diletakkan pelbagai klu dan juga sedikit cerita latar. Tapi, tidak. Apa yang ada hanya kisah perempuan lembik yang sedang lari ke sana sini dan tak ingin pun nak fight back macam dalam filem asal.

Sebuah kekecewaan apabila filem yang baik diadaptasi dengan lemah. Jarang sekali adaptasi dari Hollywood ke Bollywood/ Tamil mengecewakan. Tapi, filem ni memang sesuatu yang cukup teruk dan tak enak langsung untuk dipandang. Kalau potong babak Shruthi berlari-lari ke sana sini sampai hampir sejam, rasanya filem ni boleh disudahkan dalam masa less than 30 minutes.

Remake yang gagal untuk membina thriller atas dasar kononnya nak bikin filem yang lebih hebat dari Hush. Tapi, end up bikin lagi teruk dari Hush!


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan