TRENDING

Ulasan Filem: Milea - Suara Dari Dilan (2020)

SUBSCRIBE SUKA FILEM DI YOUTUBE!

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Ulasan Filem: The Forest Of Love (2019)


Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Sion Sono
Pelakon | Kippei Shiina, Shinnosuke Mitsushima, Kyoko Hinami

Jepun nampaknya memang takkan gah kalau taka da filem bercorak thriller dan penuh dengan misteri. Netflix, pada baru-baru ni dah lancarkan siri tv The Forest of Love yang punya episod. Ramai yang bingung, apa bezanya The Forest of Love: Deep Cut dengan filem dengan tajuk yang sama yang turut berada di katalog Netflix.

Jawapan simple. Dua-duanya ialah filem yang sama. Versi 7 episod ialah versi extended cut yang menyaksikan pertambahan banyak babak baru yang berdurasi lebih 2 jam. Sebab itu ianya dibahagikan kepada 7 bahagian. Dan untuk review ini, aku nak berbicara tentang The Forest of Love yang ditayangkan di Netflix pada Oktober 2019.

The Forest of Love berkisar tentang sekumpulan remaja yang ingin bikin filem. Mereka berusaha untuk siapkan sebuah filem berkisar tentang pembunuhan bersiri yang berlaku ketika mereka sedang menjalani penggambaran. Tanpa mereka sedar, ada dikalangan mereka menjadi dalang kepada pembunuhan misteri yang menggemparkan Jepun.

Walaupun filem ini diangkat daripada kisa benar, pengarah filem ni tidaklah memasukkan watak sebenar pun kat dalam filem ni. Beberapa idea dan juga momen ikonik dari kejadian pembunuhan sebenar dimasukkan dengan memecahkannya kepada beberapa karakter. Jadi, keseluruhan babak yang fiksyen ialah hasil cantuman beberapa fakta dan kejadian sebenar yang ditambah rekayasa.

Bagi yang tidak biasa dengan filem yang punya kengerian dan juga babak melampau, The Forest of Love mungkin bukan untuk korang. Filem ni mengandungi elemen seksual yang agak berani, paparan LGBT yang terang-terangan, dan juga babak mengerikan yang boleh buatkan korang rasa loya. Yup, babak ngerinya terlalu realistik dan boleh kasi muntah dowh!

Bahagian awal filem ni bermain dengan kisah kegembiraan watak-watak kita yang nak bikin filem. Nampak biasa-biasa dan tak menarik mana. Di pertengahan filem, filem ni tukar gear dan jadi filem dengan gore dan violence yang cukup melampau. Sehinggalah kadangkala kau sendiri takleh hadam kegilaan yang dipaparkan kat dalam filem ni.

Durasi filem ni memang melampau gila. 2 jam 30 minit untuk sebuah filem thriller dan slasher ni memang agak pelik. Tapi, memang ianya sesuatu yang rare dan bikin energy untuk dilayan. Cuma disebabkan filem ni panjang, banyak babak-babak yang kadangkala repetitive dan sengaja mungkin dibikin sedemikian. Ada flashback yang tak perlu, dan babak seksual yang boleh diketepikan.

Filem The Forest of Love dan versi extended cut yang dipecah tujuh episode punya jiwa yang berbeza. Aku rekemen korang layan versi asal dahulu sebelum layan versi 7 episod. Walaupun versi 7 episod ni ada babak sama dan tambahan babak, rasanya lain. Banyak bahagian filem asal yang tak dieksplorasi dapat dilihat dalam versi extended cut. Tapi, versi filem tetap ada rasanya yang tersendiri.

Filem ni bukan untuk semua orang. Kalau loya dan tak suka filem ngeri, abaikan filem ni. Babak ngerinya memang takleh bawa bincang, Malah, menonton filem ni seperti menonton orang gila buat kerja gila. Penuh darah, sadis dan memang not for all ages!


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Comments

Menarik!

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'

Ulasan Filem: One Two Jaga (2018)

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Ulasan Filem: War (2019)

Huraian Babak Kemuncak Filem 'One Two Jaga' [SPOILER ALERT]

Ulasan Filem: Marriage Story (2019)

Ulasan Filem: Choked - Paisa Bolta Hai (2020)

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Pengabdi Setan' [SPOILER ALERT]