Stallone Sahkan Sekuel 'Demolition Man' Akan Dibikin

Pelakon aksi lagenda Sylvester Stallone mempunyai pelbagai tajuk filem yang diingati penonton. Rocky, The Expendables dan Rambo mungkin antara filem yang sentiasa ditunggu-tunggu penonton untuk disambung. Terbaru, pelakon itu mendedahkan yang filem Demolition Man lakonannya akan mendapat sekuel selepas 30 tahun lebih. 



Kisah yang mengisahkan watak polis bernama John Spartan yang memerangi jenayah pada tahun 2032 itu diterbitkan pada tahun 1996. Di dalam filem itu, Wesley Snipes melakonkan watak jahat dan cukup diingati para penonton.

Walaupun filem tersebut bukanlah sebuah filemhebat, ianya diingati. Kini, selepas menjawab satu soalan dalam sesi Q&A di Instagram, Sylvester Stallone mengesahkan yang Demolition Man 2 kini sedang dalam perancangan. 

Buat masa ini, tiada berita tentang siapakah pelakon lain yang bakal terlibat dalam filem berkenaan.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan