Ulasan Filem: Marriage Story (2019)


Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Noah Baumbach
Pelakon | Adam Driver, Scarlett Johansson

Orang selalu bercerita tentang indahnya perkahwinan. Indahnya bersama berdua, indahnya masa romantika, dan pertemuan dua hati. Semua orang tahu kisah cinta yang ada di dunia ini. Tapi, tak banyak yang realistik dalam bercerita. Banyaknya memberikan khayalan terhadap cinta dunia sebenar yang sukar nak dikecapi dan direalisasikan dari apa yang ada di dalam filem.

Filem Marriage Story ni memang lain dari yang lain. Kalau filem lain banyak bercerita tentang indahnya perkahwinan, filem ni lebih dekat di hati. Ianya mengeksplorasi sebuah sisi perkahwinan dan cinta yang sukar dan pahit untuk dibincangkan, iaitu penceraian. Inilah yang menjadikan Marriage Story sebagai sebuah filem perkahwinan yang realistik.

Saat filem ni membuka cerita, aku memang khayal melihat bagaimana filem ni menggambarkan pasangan Charlie dan Nicole yang berbeza personaliti tetapi bekerja di dalam satu industry yang sama. Perbezaan itu menyebabkan Charlie dan Nicole selalu bergaduh tapi masih berusaha untuk mengekalkan perkahwinan.

Walaupun cuba untuk membaiki hubungan yang retak, pasangan ini akhirnya menemui jalan buntu. Nicole menfailkan penceraian yang akhirnya membuatkan Charlie perlu melakukan sesuatu. Dan sepanjang filem ini, kita dipaparkan bagaimana keadaan sebuah pasangan di ambang perpisahan yang memang selalunya kita tak nak pun dalam sebuah perkahwinan.

Penceraian itu menyakitkan. Ianya juga akan mengganggu proses kematangan anak dan juga kehidupan sekeliling. Itulah yang digambarkan di dalam filem ni. Yup, apa yang nak disampaikan ialah perpisahan ialah sesuatu yang buruk bagi sebuah perkahwinan. Dan filem ini berjaya menyampaikan apa yang dikehendaki dengan telus dan jujur sehingga sampai ke hati.

Lakonan Adam Driver memang unik. Memang ini kali pertama aku menyaksikan lakonannya dalam filem selain filem francais Star Wars. Dan ianya cukup mengujakan. Suaranya yang memang rare dan juga ketinggian pelakon itu cukup untuk menjadikan lakonannya bersahaja dan relistik. Ada rsa kasihan dan juga empati yang berjaya diwujudkan dalam setiap lakonannya. Terbaik!

Scarlett Johansson pula, di luar watak Black Widow yang menjadi sinonim bagi dirinya memang menarik untuk ditonton. Lakonannya memang mantap dan berjaya lari dari watak superhero yang sememangnya menjadi sebahagian daripada dirinya.

Overall, filem ni memang padat dengan sisi kehidupan yang cukup realistic dan penuh dengan pengajaran. Marriage Story bukan sekadar sebuah filem yang bercerita, tetapi pada masa yang sama mengajak penonton untuk explore bersama dunia perpisahan yang memang cukup perit untuk diterima. Perasaan bagaimana menghadapi penceraian itu memang cukup sukar digambarkan, dan filem ni berjaya menggambarkan semua itu.

Memang sebuah filem yang baik untuk drama realiti kehidupan. Dengan dialog yang baik, lakonan dua pelakon high class yang mantap, apa lagi sebab untuk aku menyatakan yang Marriage Story ni sebuah filem yang baik? Semuanya ada dalam sebuah filem. Penggemar filem romantik mungkin akan cukup mengingati filem ni sebagai filem romantik yang cukup realistik.

Bagi aku, filem ni cukup dekat di hati. Walaupun berbeza agama dan juga undang-undang negara, kisah penceraian ini tetap universal. Ianya cukup untuk bercakap bahawa kebahagiaan tidak dapat dicari dalam sebuah penceraian.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan