Tun M Beri Respon Isu Pembikinan Filem 'Mahathir: The Journey'

Filem biografi berkaitan perdana menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir nampaknya diambang masalah apabila terbitnya kenyataan daripada Marina Mahathir yang mendakwa projek filem tersebut tidak mendapat keizinan keluarga. Terdahulu, Marina Mahathir menyuarakan bahawa mereka tidak inginkan sebarang filem berkaitan keluarga mereka kerana memalukan keluarga.


Ditemui di satu sesi menonton filem Ejen Ali The Movie, portal Malaysiakini sempat bertanyakan tentang respon anaknya terhadap pembikinan filem tersebut. Tun Mahathir hanya memberi jawapan ringkas dengan menyatakan bahawa dia tidak mahu komen berkenaan filem tersebut.

Respon balas Tun Dr Mahathir itu nampak kecil tetapi bakal memberi kesan besar terhadap filem tersebut. Tanpa keizinan daripada Tun Mahathir dan keluarga, sudah pasti filem ini akan menghadapi pelbagai cabaran. Dilaporkan juga bahawa pihak penerbit sedang berusaha untuk menyelesaikan hal ini dengan cara aman. 

Selain filem Mahathir: The Journey, sebuah filem berkaitan isterinya bertajuk Hasmah juga sedang dalam pembikinan.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan