Ulasan Filem: Rattlesnake (2019)


Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Zak Hilditch
Pelakon | Carmen Ejogo, Theo Rossi, Emma Greenwell

Netflix tampil lagi dengan sebuah filem thriller bertajuk Rattlesnake untuk tayangan Oktober sempena bulan horror. Kalau nak tengok pada trailer, filem ni nampak macam promising. Sebuah kisah yang mungkin padu untuk memberikan thriller dan juga rasa yang cemas sepanjang penontonannya. Itu dari trailerlah.

Filem thriller arahan Zak Hilditch ini dilakonkan oleh Carmen Ejogo, Theo Rossi dan Emma Greenwell dan merupakan filem yang cukup simple, pada akulah. Mungkin bagi penggemar siri Black Mirror, korang dapat agak bagaimana filem ni bakal bercerita. Plotnya yang mudah tetapi mempunyai unexpected ending.

Secara ringkasnya, Rattlesnake mengisahkan Katrina dan anaknya Clara yang sedang dalam satu perjalanan. Di tengah gurun yang panas, kereta Katrina rosak. Dan menambahkan keresahan, anaknya Clara digigit ular rattlesnake. Di situ, Katrina bertemu dengan seorang wanita yang mampu mengubati bisa ular.

Setelah diubati, Clara makin sembuh. Tapi, apa yang Katrina tak tahu ialah penyembuhan Clara memerlukan ‘bayaran nyawa’. Dan dalam masa yang singkat, Katrina perlu cari mangsa untuk dikorbankan sebagai galang ganti hadiah nyawa kepada anaknya.

Kisah Rattlesnake tidak memerlukan masa yang lama untuk membawa cemasnya. Selepas hampir 10 minit bermulanya filem, Rattlesnake membawakan kisahnya ke level cemas. Dan dari babak ke babak kita dibawa ke arah yang sukar dijangka. Persoalan tentang bagaimana Katrina mahu mencabut nyawa sebagai ganti anaknya sukar dijangka.

Filem ini berfokus kepada lakonan Carmen Ejogo sebagai watak utama. Memang durasi 1 jam 30 minit ini berkisar tentang objektif Katrina itu sahaja. Tiada sub plot lain selain itu. Menonton Rattlesnake seakan-akan seperti menonton sebuah episod khas dari siri Black Mirror.

Aku ada rasa yang filem ni terlalu kosong dan memerlukan beberapa subplot yang membantu. Tapi, sayangnya, penceritaan filem ni yang mempunyai satu plot teras sahaja seakan-akan membuatkan filem ni terlalu mendatar di sesetengah bahagian. Untuk durasi filem, filem ni jadi terlalu stretching sehinggakan ada beberapa babak nampak flat.

Walaupun aku menggemari filem ni, aku rasakan Rattlesnake tidak wajar berdiri sebagai sebuah filem. Ianya harus lebih pendek dari ni supaya rasa cemas dan jiwanya menjadi lebih padat dan lebih baik. Tetapi, sebagai sebuah filem, Rattlesnake mungkin percubaan yang ok, cuma tidaklah ianya menjadi sebuah filem yang terlalu hebat.

Aku rekemen filem ni bagi penggemar filem ala-ala Black Mirror. Filem sebegini memang tak perlukan masa yang lama untuk setup rasa cemas. Seawal filem bermula, kau dah dapat situasi yang unimaginable dan kita akan dipersembahkan dengan bagaimana watak tersebut menyelesaikan masalah yang diberi.

Rattlesnake bukan kisah pasal ular sahaja. Tapi, dengan patukan ular itu, hidup Katrina berubah demi menyelamatkan anaknya.

Layan!


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan