- Get link
- Other Apps
TRENDING
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK
- Get link
- Other Apps
Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Parthiepan
Pelakon | Parthiepan
Bagaimana jika sesebuah filem itu hanya mempunyai seorang pelakon sahaja, dan diterbitkan dan skripnya ditulis oleh seorang pelakon sahaja? Korang rasa, ada ke filem macam tu kat dunia ni? Jangan kata tiada, sebab Oththa Seruppu Size 7 ialah jawapannya. Korang jangan terkejut dengan filem Tamil ni, sebab filem ni rare sangat.
Apasal yang rare sangat dengan filem Oththa Seruppu Size 7 ni? Filem ini dilakonkan oleh Parthiepan seorang diri. Ya, dari awal filem sehingga akhir filem, hanya watak lakonannya sahaja yang muncul di dalam filem ini. Selain berlakon, Parthiepan juga turut menulis lakon layar filem, mengarah dan juga menerbitkan filem ini.
Ini ialah sebuah filem yang boleh aku katakan sebagai mengevolusikan dunia sinema Tamil. Percubaan untuk mencipta naskah yang rare tetapi masih cukup sedap untuk dilayan bukanlah senang. Tidak hairanlah jika filem ini mana ditayangkan buat pertamakalinya di Singapore South Asian Film Festival ini telah dimasukkan dalam Asia Book of Records dan India Book of Records! Cayalah wei!
Secara ringkasnya, apa yang korang bakal lihat dalam filem ni ialah tentang satu siasatan yang berlaku di dalam sebuah bilik siasatan balai polis. Watak yang kita nampak secara fizilanya semestinya watak lakonan Parthiepan, seorang lelaki yang dituduh membunuh beberapa suspek. Beberapa watak lain pula hanyalah ditunjukkan melalui suara sahaja. Sepanjang filem, Parthiepan bercerita, dan kita pula mendengar.
Permulaan filem ni memang agak merimaskan bagi siapa yang tidak biasa dengan filem sebegini. Ada rasa dan keinginan untuk melihat watak-watak lain yang berada di sekitar. Rasa tidak puas untuk hanya mendengar suara sahaja. Tapi, itulah hakikat filem ni. Hanya ada satu karakter sahaja yang kelihatan di dalam filem ini.
Jika korang jenis yang suka tidur dan skip-skip layan, filem ni juga bukan untuk korang. Jika filem lain selalunya bergantung kepada elemen babak dan juga lakonan untuk memberikan rasa dan bercerita, Oththa Seruppu Size 7 hanya bergantung kepada dialog dan juga monolog. Tidak ada ruang untuk korang lari dari memandang skrin, sebab setiap detail cerita semuanya dipersembahkan dalam dialog.
So, betterlah bagi yang tak suka baca subtitle, boleh skip filem ni sebab ianya ibarat membaca novel yang cukup panjang, tetapi enak dilayan bagi sesetengah orang. Yelah, sebab kita ni bukan faham Tamil, so memang we need to read lah kan.
Bagi sebuah filem yang hanya berlokasi satu tempat sahaja, kebijakan untuk menggunakan visual untuk menggambarkan emosi dan juga situasi amat dibanggakan. Oththa Seruppu Size 7 berjaya untuk menghidupkan rasa menonton walaupun berbekalkan satu watak sahaja. Kerja kamera yang bagus menambahkan jiwa filem ini.
Aku rasa, Oththa Seruppu Size 7 ialah naskah yang cukup rare. Ianya ialah sebuah filem yang rasanya tak pernah lagi ada dalam sinema Tamil. Dan dengan menjadi rare, filem ini berjaya berdiri dengan penceritaan yang cukup segar dan cukup rasa. Memang kalau korang nak layan filem Tamil yang tiada lagu, aksi lasak melampau, memang Oththa Seruppu Size 7 memenuhi kehendak korang!
Memang sebuah filem thriller yang cukup rare!
LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK
Menarik!
Inilah Inspirasi Sebenar Restoran Mamak Maju Dalam 'Ejen Ali The Movie'
Ejen Ali The Movie terus mencatatkan kutipan memberansangkan selepas seminggu ditayangkan. Filem animasi yang mengisahkan Ejen Ali yang melalui dilema dalam kehidupannya apabila dia disisihkan rakan-rakannya ini turut mendapat pujian dari segenap lapisan masyarakat. Ternyata, Ejen Eli The Movie sangat berbisa.
Rata-rata penonton sungguh tertarik dengan kisah kedai mamak dalam filem ni. Scene lagu kedai Mamak Maju sudah trending dan menjadi perbualan hangat masyarakat. Tetapi, ramai yang tak tahu dari mana kedai Mamak Maju ini diinspirasikan.
Menurut laman Xtra.com, Mamak Maju ini diinspirasikan daripada Kafeteria Jasima yang terletak di Sri Pentas TV3, Bandar Utama.
Walaupun begitu, ramai yang tak tahu Restoran Mamak Maju ini benar-benar wujud. Nah, ini lokasinya.

Raja Ilya Dedah Sebab Sebenar Dia Tolak Tawaran Berlakon Filem Marvel
Pada awal tahun 2018 lalu, Raja Ilya adalah antara pelakon Malaysia yang menjadi bualan hangat kerana dia telah dipelawa menghadiri ujibakat sebuah filem Marvel. Namun begitu, sekitar bulan Mac 2018, Raja Ilya didedahkan telah menolak tawaran filem Marvel berkenaan. Pada ketika itu, Raja Ilya hanya memberi alasan berikut seperti dilaporkan laman web Mediahiburan.
Ketika membaca skrip baru saya mendapati ada bahagian menyentuh sensitiviti Islam. Sudah pasti saya tidak mahu mencemarkan imej Malaysia dan maruah keluarga. Jadi, dengan berat hati saya terpaksa menolak lakonan itu.
Kini, selepas lebih setahun berita itu menyepi, Raja Ilya muncul dengan sebuah filem bergenre aksi yang diberi tajuk KL Vampires. Di dalam sebuah temubual bersama Harian Metro, Raja Ilya turut mendedahkan bahawa dia menolak watak dalam filem Marvel kerana terdapat adanya babak bercium di dalam skrip yang bakal dilakonkan.
Semestinya, Raja Ilya membuat pililihan yang bijak kerana ianya turut membabitkan maruah …
Semestinya, Raja Ilya membuat pililihan yang bijak kerana ianya turut membabitkan maruah …
Chacha Maembong Tampil Seksi Dalam Filem Mitos Pemburu Kepala Iban 'Headhunter'
Pelakon Chacha Maembong kini sibuk menjalani penggambaran filem terbarunya, Headhunter yang mengisahkan kisah pemburu kepala dalam masyarakat Iban di Sarawak. Filem ini membariskan pelakon hebat seperti Anding dan juga Ebi Kornelis yang masing-masing pernah terlibat dalam rancangan realiti tv, Akademi Fantasia.
Ebi Kornelis bakal melakonkan watak antagonis. Namun, Chacha Maembong juga tidak kurang hebatnya dengan penampilan yang agak seksi. Chacha Maembong baru sahaja selesai menjalani penggambaran filem Baling The Movie: Seruan Saka.
Filem ini masih belum dijadualkan tarikh tayangannya.

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]
Kita sering mendengar bahawa filem luar seringkali diban kerana unsur-unsur melampau dari pelbagai aspek yang tidak dibolehkan di tayang di Malaysia. Namun, tahukah anda bahawa banyak juga filem Malaysia yang panas dan mempunyai adegan berahi yang ditayangkan di Malaysia?
Mungkin adegan itu tidaklah sehebat Hollywood. Tetapi, ianya masih menggambarkan bahawa Malaysia juga mahu jadi seperti mereka. Kami sajikan 5 filem yang mempunyai adegan 'panas' yang korang mungkin tak tahu.
1. Spinning Gasing (2001)
Filem arahan pengarah Teck Tan ini menampilkan pelakon berbakat Malaysia seperti Allahyarham Hani Mohsin, Ellie Suriati Omar, Rosyam Nor dan Jalaludin Hassan. Filem yang menelan belanja RM2.4 juta ini gagal menyerlah di Malaysia dan hanya memperoleh kutipan sebanyak RM484,450.04 sahaja.
Versi asal filem ini diharamkan tayangannya di Malaysia. Namun, pengharaman itu ditarik balik selepas Lembaga Penapisan Filem (LPF) menapis filem tersebut. Sebanyak 25 adegan dipotong daripada f…

'Sembil9n', Drama Bersiri Ala 'The Walking Dead' Versi Malaysia?
Sebuah drama bersiri bertajuk Sembil9n akan ditayangkan di Astro First Ekslusif tak lama lagi. Drama premium ini akan membariskan pelakon hebat seperti Azhan Rani, Amerul Affendi, Aman Graseka dan Bront Palarae dan diarahkan oleh Razaisyam Rashid. Drama bersiri ini ialah sebuah kerjasama antara Malaysia dan Indonesia.
Daripada foto-foto di Instagram yang boleh dicari menggunakan hashtag #sembil9n, kelihatan seperti siri ini berkisar tentang zombie. Buat masa ini, info berkenaan siri ini masih belum banyak lagi. Kami akan terus kemaskini berkenaan siri ini di masa hadapan.
Layan dulu 10 foto di sebalik tabir siri ini.
Siri terbaru #astrofirsteksklusif #astrofirst #astro bertajuk #sembil9n akan datang! A post shared by Suka Filem (@instasukafilem) on Aug 17, 2018 at 4:03pm PDT

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]
Misteri Dilaila merupakan sebuah lagi karya Syafiq Yusof yang cuba untuk mencari sisi baru dalam dunia perfileman filem tempatan. Melalui Misteri Dilaila, Syafiq Yusof sebenarnya bukan sahaja menampilkan nafas baru filem seram thriller, tetapi cuna untuk mengejutkan penonton dari tidur dengan gimik promosinya.
Ketahuilah bahawa filem Misteri Dilaila mempunyai dua versi. Versi 1 dan Versi 2 mempunyai kekuatan yang berbeza.
Sebelum bacaan diteruskan, ambil maklum bahawa huraian ini mempunyai SPOILER MAJOR! Tidak digalakkan untuk teruskan bacaan jika korang masih belum tonton.
-
-
-
-
-
-
-
-
-
Versi 1 - ringkasnya, Jefry ialah orang jahat. Versi 2 - ringkasnya, Azman ialah orang jahat.
Admin hanya berkesempatan tonton versi 2! So, berikut ialah ulasan berkenaan Misteri Dilaila Versi 2!
HURAIAN ENDING FILEM ‘MISTERI DILAILA’ VERSI 2
Di dalam versi 2, kita dapat tahu bahawa Sasqia Dahuri sebenarnya ialah perempuan yang bernama Farah. Farah sebenarnya berpakat dengan Imam (Nam Ron) dan jug…

'Geran 2' Bakal Dihasilkan Walaupun Filem Pertama Gagal Tambat Penonton
Malaysia akhirnya sudah mempunyai filem bertemakan silatnya yang tersendiri. Meskipun ramai yang kurang menggemari teknik penceritaan, rata-rata penonton memuji inisiatif pengarah baru, Areel Abu Bakar untuk mempamerkan filem berkonsep silat dengan aksi pertarungan yang cukup mendebarkan.
Malah, filem yang hanya menampilkan Namron dan Azlan Komeng sebagai pelakon terkenal dan selebihnya pelakon baru yang mempunyai background silat cukup mendebarkan. Sudah pasti filem ni tidak mempamerkan lakonan yang mantap tetapi aksinya mampu menutup segala kelemahan itu.
Bercakap kepada Harian Metro, pengarah filem ini menyatakan bahawa sekuel filem Geran akan diterbitkan walaupun filem ini gagal menambat hati penonton. Saya sudah mempunyai perancangan sejak awal untuk menghasilkan Geran 2, kerana tujuan utama menerbitkan filem ini adalah mengangkat seni silat. Sekurang-kurangnya saya dapat menunjukkan kepada generasi sekarang silat juga seni mempertahankan diri perlu dicuba oleh semua anak muda. …

Novel 'Ombak Rindu' Bakal Diadaptasi Ke Drama Untuk Siaran Iflix
Novel popular yang pernah diadaptasi ke filem, Ombak Rindu pada tahun 2011 bakal diadaptasi ke drama bersiri khas untuk tayangan di laman penstriman Iflix. Perkara ini didedahkan pengarah siri tersebut, Osman Ali yang juga merupakan pengarah kepada filem Ombak Rindu. Terdahulu, Ombak Rindu lakonan padu Maya Karin dan Aaron Aziz mendapat kutipan lebih RM11 juta!
Untuk drama bersiri, Nora Danish dan Izara Aishah bakal ditampilkan dalam adaptasi kali ini. Nora Danish bakal memainkan watak sebagai Dr. Khadijah manakala Izara Aishah pula akan berlakon sebagai Izzah.
View this post on Instagram
When Dr Khadijah meet Izzah in Ombak Rindu de series for @iflixmy 💜 • • With Director tersohor @osmanali_nuansa . & gorgeous @izaraaishahofficial 🥰 one scene Yg bermakna . Seribu take walaupun 🤣🤣 • • I’m wearing @owlbynd raya collection A post shared by Nora Danish (@noradanish) on Jun 21, 2019 at 6:20am PDT
Drama ini

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]
Disebabkan artikel sebelum ini mendapat sambutan yang hangat, admin dengan ini dengan pantasnya membawakan kesinambungan kepada artikel yang memaparkan filem-filem Malaysia yang sememangnya berani mati sehingga mengabaikan aspek yang dianggap taboo oleh masyarakat Malaysia.
Nah, kami sajikan 5 lagi filem yang sememangnya panas membara:
1. Abuya: Part 2 (2011)
Jangan pelik, filem ini tidak ada Part 1. Entah kenapa ianya dinamakan Part 2 tidaklah diketahui. Filem ini gagal menyerlah di pawagam walaupun ianya meletakkan aura Faizal Hussein sebagai teraju utama. Malah, faktor keseksian Jue Aziz, Andrea Abdullah dan beberapa pelakon lain yang memegang peranan sebagai isteri-isteri Abuya gagal menambat peminat.
Antara babak panas yang ditayangkan dalam filem ini termasuklah adegan isteri Abuya sedang terbaring bernafsu dan juga adegan nasi kangkang. Beberapa adegan yang muncul dalam trailer seperti adegan lesbian dipotong daripada filem sebenar.
Dengan kos yang menelan belanja RM1.20 juta,…

Lagu Tema Ejen Ali The Movie 'Bukalah Matamu' Ciplak Muzik Luar?
Ejen Ali The Movie ialah sebuah lagi filem animasi terbaru yang dinantikan oleh seluruh rakyat Malaysia. Filem yang diadaptasi daripada siri tv popular itu bakal menampilkan watak Ejen Ali dengan misi barunya. Namun beberapa hari ini media sosial mendedahkan tentang lagu tema filem berkenaan yang dikatakan mirip dengan lagu berhakcipta bebas, The Calling.
Tak tahulah sama ada kebetulan atau tidak, lagu The Calling dan Bukalah Matamu seakan sama pada bahagian pembukaan. Namun, versi Bukalah Matamu ditambah elemen rap yang menjadikannya sedikit berbeza daripada lagu The Calling.
The Caling dari The FatRat
Sekarang, bandingkan dengan lagu Bukalah Matamu di bawah.
Tak tahulah sama ada kesamaan ini hanyalah kebetulan atau sebaliknya. Apapun, muzik Bukalah Matamu tetap mantap dengan gayanya yang tersendiri. Dengan irama eletronik yang mana menjauhkan Ejen Ali daripada animasi lain buatan Malaysia, Bukalah Matamu mungkin sebuah lagu yang sangat sesuai untuk filemnya.
Tiru atau tidak, terpu…

Comments
Post a Comment