TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Ulasan Filem: Drive (2019)


Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Tarun Mansukhani
Pelakon | Sushant Singh Rajput, Jacqueline Fernandez, Vikramjeet Virk, Boman Irani

Bayangkan penerbit filem Kuch Kuch Hota Hai, Kabhie Khushi Kabhi Gham bergabung dengan sebuah syarikat penstriman terbesar dunia, Netflix untuk memberikan sebuah filem Netflix Original dari Bollywood. Apa yang korang akan dapat? Pastinya sebuah filem Bollywood imaginasi tinggi dengan bajet yang cukup besar bukan?

Drive ialah hasil daripada gabungan itu. Filem ni tidak seperti filem Netflix Original dari Bollywood yang sering kita lihat. Jika Netflix Original dari India sebelum ini sering tampil dengan filem bercorak drama, Drive mungkin filem aksi ala-ala Fast & Furious yang seumpamanya dari Bollywood. Menonton trailernya sudah memberikan rasa bagaimana rancaknya filem ini.

Filem ini dibintangi nama besar dari Bollywood seperti Jacqueline Fernandez, Boman Irani dan juga Pankaj Tripathi. Bercerita tentang bagaimana sekumpulan geng perompak menggunakan kereta mewah yang merancang untuk merompak pejabat menteri besar India, idea filem ini seakan-akan cemerlang untuk dibentangkan menjadi filem.

Sayangnya, idea yang cukup hebat ini seakan-akan tenggelam dalam garapan filem ni yang agak kurang mencapai standard. Idea rompakan tempat yang sukar, kereta mewah dan perompak, semuanya seakan-akan gagal diblend dengan baik untuk mewujudkan sebuah filem aksi yang cukup impressive.

FIlem ini cukup meyakinkan di awal filem. Namun, semakin kita ke pertengahan filem, skripnya yang nampak meleret dan memanjangkan babak-babak yang tak sepatutnya menyebabkan perjalanan filem ni membosankan. Banyak babak berbual-bual yang cuba untuk mencipta punchline tetapi gagal menjadi. Malah, beberapa babak perbincangan yang too long membuatkan filem ni sampah sangat!

Adegan racing dalam filem ni memang nampak ambitious. Tetapi, dengan gabungan suntingan dan CGI yang masih lagi weak, babak racing dan kejar-mengejar seakan-akan kurang menjadi. Beberapa suntingan adegan racing nampak serabut dan CGI kereta juga kadangkala agak kurang menjadi. Sayang sungguh!

Lakonan Boman Irani seakan-akan kaku. Agak hairan apabila pelakon versatil seperti ini gagal untuk membantu menaikkan filem ni. Jacqueline Fernandez memang agak gagal untuk memberikan lakonannya sebagai watak utama. Kebanyakan lakonan dalam filem ni nampak fake sangat dan cukup memualkan.

Memang Drive gagal kerana skripnya yang agak kurang kemas dan juga adaptasi ke layar yang tidak berjaya. Sinematografi filem ni terlalu biasa-biasa sedangkan filem Bollywood besar pun punya visual yang lebih lawa. Hanya babak lagu di awal filem sahaja yang ada visual cantik. Yang lain semuanya ala-ala drama tv.

Drive ialah sebuah filem gabungan Dharma Production dan Netflix yang agak mendukacitakan. Walaupun ianya sebuah filem untuk penstriman di skrin telefon atau tv, seharusnya kualiti cerita dan juga visual harus cemerlang. Drive membuktikan yang Bollywood masih gagal untuk membikin filem ala-ala Fast and Furious.

Menonton Drive seakan-akan seperti melihat Bollywood cuba untuk menyarungkan baju Hollywood. Jika Bollywood berjaya mencipta plot yang baik untuk filem ala-ala Hollywood, it’s ok untuk diorang. Tapi, kalau nak tiru Hollywood, but masih dengan skrip yang nampak western tapi tak cukup rasa, better stop jelah.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Comments

Menarik!

Inilah Inspirasi Sebenar Restoran Mamak Maju Dalam 'Ejen Ali The Movie'

'Sembil9n', Drama Bersiri Ala 'The Walking Dead' Versi Malaysia?

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

Aziz M. Osman Bakal Bikin Filem Terbaru Melibatkan Senario

Chacha Maembong Tampil Seksi Dalam Filem Mitos Pemburu Kepala Iban 'Headhunter'

'Geran 2' Bakal Dihasilkan Walaupun Filem Pertama Gagal Tambat Penonton

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

M. Night Syamalan Dalam Perbincangan Untuk Arahkan Filem MCU

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Menyelami Kelebihan 'Doa Bismillah 9' Yang Diucapkan Dalam Filem 'Munafik 2'