Sony Umum Tayangan Filem 'Spider-man: In To The Spider-verse 2'

Sony Pictures mengumumkan bahawa Spider-man: Into The Spider-verse 2 akan diterbitkan pada tahun 2022. Filem animasi yang memperkenalkan kepada Miles Morales sebagai Spider-man itu bukan sahaja menarik perhatian penonton pada tayangan filem pertamanya tetapi turut menerima beberapa anugerah filem.


Sekuel Spider-man: Into The Spider-verse dilaporkan akan memberikan ruang untuk bercerita mengenai kisah cinta Miles dan Gwen yang mana dimulakan dalam filem pertama. Pengumuman tentang sekuel ini dilakukan oleh Sony di Twitter melalui laman rasmi filem berkenaan.
Tahun 2022 mungkin masa yang sesuai untuk filem ini diterbitkan. Sony mempunyai masa untuk mencipta filem dengan plot yang baik dan juga kualiti animasi yang lebih hebat. Disebabkan filem pertama mendapat pujian melambung peminat, diharap sekuel filem ini mendapat lebih pujian berbanding filem pertama.  


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Catat Ulasan

0 Ulasan