Raja Ilya Dedah Sebab Sebenar Dia Tolak Tawaran Berlakon Filem Marvel



Pada awal tahun 2018 lalu, Raja Ilya adalah antara pelakon Malaysia yang menjadi bualan hangat kerana dia telah dipelawa menghadiri ujibakat sebuah filem Marvel. Namun begitu, sekitar bulan Mac 2018, Raja Ilya didedahkan telah menolak tawaran filem Marvel berkenaan. Pada ketika itu, Raja Ilya hanya memberi alasan berikut seperti dilaporkan laman web Mediahiburan.
Ketika membaca skrip baru saya mendapati ada bahagian menyentuh sensitiviti Islam. Sudah pasti saya tidak mahu mencemarkan imej Malaysia dan maruah keluarga. Jadi, dengan berat hati saya terpaksa menolak lakonan itu. 
 Kini, selepas lebih setahun berita itu menyepi, Raja Ilya muncul dengan sebuah filem bergenre aksi yang diberi tajuk KL Vampires. Di dalam sebuah temubual bersama Harian Metro, Raja Ilya turut mendedahkan bahawa dia menolak watak dalam filem Marvel kerana terdapat adanya babak bercium di dalam skrip yang bakal dilakonkan.

Semestinya, Raja Ilya membuat pililihan yang bijak kerana ianya turut membabitkan maruah dan juga kredibilitinya sebagai seorang rakyat Malaysia. 






LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan