'Ant-Man 3' Dalam Perancangan, Peyton Reed Kembali Mengarah


Pengarah filem Ant-man, Peyton Reed dilaporkan akan menggalas tugas sebagai pengarah filem ketiga Ant-Man yang kini secara rasminya akan dibikin. Filem yang termasuk dalam Marvel Cinematic Universe ini mungkin akan memakan sedikit masa untuk disiapkan kerana Marvel sudah pun mengumumkan perancangan fasa 4 mereka.


Ant-man menampilkan Paull Rudd sebagai Ant-Man bakal menjalani penggambaran sekitar lewat 2020 ataupun awal 2021 dengan perancangan tarikh tayangan sekitar tahun 2022. Sebelum ini, Marvel Studios sudah pun mengumumkan bahawa Black Panther 2 akan ditayangkan pada tahunu 2022. Ant-Man 3 termasuk dalam tahun yang sama.

Buat masa ini, tidak ada maklumat tentang kisah yang bakal dipaparkan dalam filem Ant-Man 3. Namun, filem ini mungkin akan berkisar tentang pasca Endgame dan juga mengembalikan watak-watak asal dari dua filem terdahulu. 


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan