TRENDING

LIKE DAN FOLLOW KAMI DI LAMAN FACEBOOK

Ulasan Filem: Bikers Kental 2 (2019)

Tahun Terbit | 2019
Pengarah | Helmi Yusof
Pelakon | Zizan Razak, Awie, Afdlin Shauki

Walaupun filem sekuel kepada Bikers Kental ni berjaya mendapat kutipan yang memberansangkan, aku agak skeptikal dengan filem ni. Bagaimana sebuah filem bikers yang diterbitkan pada 2013 mampu untuk bersaing dengan perubahan skop filem pada era 2019 ni. Zaman sudah berubah, tetapi adakah Bikers Kental mampu berubah bersama-sama.

Selepas aku menonton filem ni melalui saluran streaming iFlix, aku akhirnya membuat kesimpulan. Fikiran aku memang celaru juga memikirkan taste penonton yang menonton filem ni dan buatkan filem ni box-office. Tak kisahlah apa korang nak kata, tetapi ringkasnya aku rasakan Bikers Kental 2 ni hanyalah filem biasa-biasa je.

Berkesinambungan terus daripada Bikers Kental, kali ini, kisahnya berkisar tentang Bidin Al Zaifa yang mahu kembali ke Thailand untuk melamar kekasih hatinya. KIsah kali ni takde pasal konvoy macam filem pertama. Hanya itu saja dan cabaran yang ditempuhi Bidin dalam mencapai impiannya. Oh, ada la sikit elemen gangster yang bercambah dari filem pertama.

Tapi, untuk keseluruhan filem ni, memang tak ubah macam drama tv biasa. Zizan natural sebagai Zizan. Tidak ada perkembangan daripada karakternya yang dulu dan sekarang. Watak-watak lain juga sama. Hanya berada pada taraf yang sama dari filem pertama dan juga sekarang.

Elemen komedinya mungkin lebih terkawal berbanding filem Bikers Kental yang pertama. Zizan seakan dikawal lakonannya menjadikan ianya agak baik sedikit. Malah, komedinya juga lebih baik berbanding filem pertama dari sesetengah aspek. Mungkin itu antara perkara yang baik untuk sekuel ini meletup di kalangan peminatnya.

Tapi, pada aku, pengalaman menonton Bikers Kental ni biasa-biasa je. Filem ni seakan akan tak perlu pun jika tampil dengan plot yang dipersembahkan. Nampak macam seperti extention kepada ending filem Bikers Kental pertama dan tidak ada naratif baru yang disajikan. Jadi, untuk sebuah filem sekuel yang lahir 5 tahun dari filem pertama, aku harapkan plotnya lebih segar dari sekadar filem drama tv.

Babak aksi dalam filem ni memang agak sampah. Itu mungkin perkara yang melugaikan aku. Malah, watak jahatnya seakan-akan tiada aura. Ayie Hushairi gagal untuk memberikan lakonan hebatnya seperti dalam Polis Evo mahupun filem-filem lain yang dilakonkannya. Wataknya sangat tenggelam dengan watak Amerul Affendi yang macam takde faedah.

Pada aku, Bikers Kental 2 seakan bukan satu keperluan untuk wujud. Kisahnya bukanlah sebuah kisah yang konkrit. Hanya sebuah kisah yang ringannya bagaikan bulu ayam. Sukar nak rasakannya untuk merasai plot yang enak. Hanya ada sekadar sebuah karya ringan yang melepas batuk dan cuba untuk memenuhi citarasa penonton yang biasa dengan filem bercorak drama.

Bikers Kental 2 mungkin bagi orang yang nak lepaskan stress dengan layan filem ringan dan bersahaja. Walaupun aku kurang gemar dengan filem sebegini, tidak semestinya aku katakan Bikers Kental ni tak ok. Ok saja. Elemen komedinya menarik dan memuaskan, cuma plotnya sahaja terlalu kecil dan takde kick untuk sebuah filem.

Jadi, boleh kalau nak layan Bikers kental untuk senangkan hati, kerana lawaknya adalah kekuatannya. Bikers Kental 2 kini di iFlix.


LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK



Comments

Menarik!

Inilah Inspirasi Sebenar Restoran Mamak Maju Dalam 'Ejen Ali The Movie'

Raja Ilya Dedah Sebab Sebenar Dia Tolak Tawaran Berlakon Filem Marvel

Chacha Maembong Tampil Seksi Dalam Filem Mitos Pemburu Kepala Iban 'Headhunter'

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 1]

'Sembil9n', Drama Bersiri Ala 'The Walking Dead' Versi Malaysia?

Huraian Babak Kemuncak Filem 'Misteri Dilaila' [SPOILER ALERT]

'Geran 2' Bakal Dihasilkan Walaupun Filem Pertama Gagal Tambat Penonton

Novel 'Ombak Rindu' Bakal Diadaptasi Ke Drama Untuk Siaran Iflix

5 Filem Malaysia Paling 'Panas' Yang Berjaya Ditayangkan [Part 2]

Lagu Tema Ejen Ali The Movie 'Bukalah Matamu' Ciplak Muzik Luar?