Kutipan Pembukaan 'Terminator" Dark Fate' Lebih Teruk Dari 'Salvation'


Filem terbaru dalam francais Terminator, Terminator: Dark Fate nampaknya gagal untuk menaikkan francais legenda dari James Cameron ini ke tahap baru. Kutipan pembukaan filem ini ialah kutipan paling teruk dalam francaisnya selepas filem Terminator Salvation. Hal ini sekaligus memperlihatkan percubaan Hollywood untuk membangkitkan aura Judgement Day gagal.


Terminator: Dark Fate ialah percubaan untuk reboot semula garis masa Terminator. Terminator Genisys nampaknya gagal sekaligus membuatkan penerbit membatalkan sekuel untuk garis masa Terminator asal dan menumpukan kepada garis masa baru untuk dunia francais Terminator. Sayangnya, percubaan ini gagal lagi.

Walaupun penerbit asal francais Terminator, James Cameron kembali untuk menyelamatkan francais ini bersama Linda Hamilton dan Arnold Schwarzennegger, Dark Fate bertakdir gelap. Menurut Box Office Pro, filem ini mengutip USD 33 juta di pasaran domestik sepanjang tiga hari pembukaan. Jumlah ini lebih rendah dari jangkaan asal iaitu sebanyak USD 35-45 juta.

Kutipan USD 33 juta untuk tiga hari bagi filem Terminator: Dark Fate menjadikan filem ini sebagai filem Terminator dengan kutipan pembukaan terendah berbanding Terminator Salvation. Salvation pada tempoh awal tayangannya berjaya mengutip USD42.5 juta. Namun begitu, kutipan pembukaan Terminator: Dark Fate lebih tinggi daripada kutipan Terminator: Judgement Day tetapi kadar inflasi tidak diambil kira. 

Dengan kos produksi sebanyak USD185 juta, nampaknya percaturan Paramount untuk menerbitkan filem Terminator baru masih gagal. Tidak dinafikan bahawa dua filem asal Terminator boleh dikira antara filem terbaik pada eranya, tetapi dengan kutipan sebegini, ini mungkin tanda bahawa peminat filem masa kini sudah tidak mahu filem Terminator yang baru. 



LIKE DAN FOLLOW KAMI DI FACEBOOK


Catat Ulasan

0 Ulasan